Majlis Pernikahan Cik Su

Cuti Raya Haji dan cuti sekolah pertengahan September 2016 yang lepas, telah berlangsung kenduri bagi meraikan majlis pernikahan adik ipar bongsu saya di Setiu Terengganu. Lepas kenduri ini, tinggal seorang sahaja adik abang yang belum berkahwin, yang lain semua dah selamat. Yang ini adik bongsu perempuan dalam family abang - Fida atau dipanggil Cik Su oleh anak-anak buah.
Bertemu jodoh dengan kawan sekolahnya dan orang sama negeri.

Majlis pernikahan diadakan pada pagi Sabtu, dan seterusnya majlis kesyukuran untuk meraikan tetamu  pada hari yang sama. Tak banyak gambar yang saya dapat ambil memandangkan Fittriah yang tak sihat sebab muntah-muntah. Habis semua isi perut dia keluar, dapat minum air sahaja tapi keluar air semula ;(
Baju kedondong untuk majlis pun habis kene muntah. 


Ada candy buffet untuk anak-anak di depan meja makan beradap. Sekejap jer dah licin sebab kena serbu dengan anak-anak buah yang ramai. Ramai tetamu yang datang meraikan pengantin dan tak putus-putus hingga lewat petang. 


Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Awal bulan Oktober diadakan majlis di sebelah pihak lelaki, tapi kami tak dapat pulang. Untuk Cik Su dan suami, moga bahagia berkekalan rumahtangga yang dibina, diberkati dan dirahmati oleh-Nya.

Amin.
 

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu