Tiramisu

Lama dah tak mencuba resepi baru. Kali ini saya cuba membuat tiramisu yang senang resepinya. Secara peribadi saya rasa selepas ini kalau saya buat kek ini, saya tidak perlu merendam biskut dalam bancuhan nescafe. Cukup hanya letakkan sedikit bancuhan air di atas biskut sebelum dilapisi dengan adunan cream cheese. Bila rendamkan dengan air nescafe, biskut cepat lembik dan rasa berair pula kek tersebut. Saya lebih suka rasa yang agak kering sebab bila dah dilapisi dengan cream cheese biskut akan lembut setelah disejukkan dalam satu bekas.
 
Apapun, rasanya tidak mengecewakan untuk percubaan kali pertama. Jika orang yang tak minat nescafe, boleh tukarkan kepada air milo untuk mendapatkan rasa coklat. Lebih sedap jika dimakan setelah disejukkan dalam peti ais semalaman.


Saya kongsikan resepi yang saya dapat dari MyResepi

Bahan-bahan
  • 2 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir
  • 250g cream cheese
  • 250g whipping cream
  • 150g gula halus (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
  • satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
  • serbuk koko utk hiasan
Cara-cara
  1. Tm1
    satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang
     
  2. Tm3
    Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar
     
  3. Tm4
    Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi beberapa lapisan. 

  4. Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan serbuk koko di atasnya ikut suka.              

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..