Fiqah 9 bulan

Cik Fiqah saya dah genap 9 bulan. Minggu lepas ke Klinik Desa Rinching untuk checkup. Kali ini hanya untuk timbang sahaja. Tiada suntikan yang perlu diambil untuk baby berusia 9 bulan. Alhamdulillah, Fiqah membesar dengan sihat. Walaupun tidak se'bambam' Fina masa kecil, tapi Fiqah jarang sakit dan jarang meragam. Cumanya sejak dah kenal orang, memang tak boleh tinggalkan dia seorang. Mesti nak berpegang atau nak berteman bila duduk kat rumah. Kalau tinggal, menangis lah jawabnya.
 
Fiqah baru sembuh daripada demam panas minggu lepas. Jumaat malam panas sangat badannya, nasib baik esoknya demam dah kebah. Rasanya ini kali kedua Fiqah demam. Dan penyebab dia demam sebab nak tumbuh gigi. Fiqah dah ada 2 batang gigi belah bawah. Dah pandai merangkak dan bermain-main dengan akak Fina nya.

Fiqah: Tepi sikit akak fina, mama nak tangkap gambar Fiqah ni..
Fina : Mama, baby buat akak ina...

Timbang tempoh hari berat Fiqah dah 8.2 kg. Masih fully bf dan kuat makan. Tak boleh tengok orang makan. Mesti buat muka 'terliur' dia. Alahan kulitnya dah hilang, cuma bila kene gigit nyamuk memang berkesan kulit dan lambat hilang. Pandai lambai tangan bila suruh bye-bye. Boleh sebut mamama-bababa-attata. Lebih kurang 3 bulan lagi nak cukup setahun dah Fiqah.  Akak Fina pula masuk empat tahun. Cepat-cepat-cepat sungguh masa berlalu. Harapnya saya tidak terlepas merakamkan saat-saat istimewa melihat F&F membesar dari saat mereka kecil yang rasanya bagai pantas waktu meninggalkan saya dengan kenangan bersama mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..