36 MINGGU


Bayi
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.
Anda
Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.
************************************************************
Setelah menunggu dari jam 6 petang hingga ke jam 8.00 malam di Hospital Serdang, saya dibenarkan balik. Alhamdulillah. Tak perlu tidur wad malam tersebut. Lagipun, seriau jer nak duduk hospital. Walaupun setakat scan perut, tapi perasaan takut dan bimbang tetap ada. Risau dengan keadaan baby dalam perut. Sebagai seorang ibu yang telah mengandung selama 8 bulan, tentulah saya inginkan bayi saya selamat dan dilahirkan sempurna. Kecuali atas kehendak Allah, ditakdirkan saya menghadapi dugaan yang berat, insyallah saya akan redha menerimanya.

Hasil scan, doktor cakap memang baby saya agak kecil dari tempoh kandungan saya sekarang. Sepatutnya dalam usia kandungan 36 minggu, berat baby adalah 2.4 hingga 2.5 kg. Tapi baby saya 2.3 kg sahaja. Kira beza antara 2 minggu usia kandungan. Insyaallah, baby akan ok sekiranya pergerakan dalam perut aktif dan bayi bertambah beratnya dalam minggu-minggu akhir kehamilan ini. Apa yang dibimbangkan ialah, perkembangan baby terbantut sekiranya baby tidak bertambah berat badannya. Risiko penyakit lain pula akan dialami sekiranya baby tidak membesar.

Semasa melahirkan Fina dahulu, Fina hanya 2.87kg sahaja. Kiranya saiz yang normal dan tidak terlalu besar untuk anak pertama. Kali ini rasanya 2nd baby tidak banyak beza, cuma doa saya agar baby ini akan bertambah beratnya dan lahir dengan normal setelah cukup tempoh matangnya.

Jadi, selepas minggu ini, pemeriksaan kesihatan akan dilakukan seminggu sekali kerana telah masuk trimester terakhir kehamilan. Mudahan semuanya berjalan lancar.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..