23 December 2011

40 minggu

Bayi
Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.
Anda
Anda mula terasa tanda-tanda sebelum bersalin: sakit belakang, sakit seolah-olah senggugut, pergerakan perlahan usus, kontraksi dan pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut untuk bersalin dan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk meneran.
********************************************************************
Memasuki minggu akhir dan hari terakhir bekerja hari ini. Insyaallah, minggu depan genap 40 minggu 2nd baby dalam kandungan saya. Tiada tanda-tanda besar lagi menunjukkan saya perlu ke hospital untuk bersalin. Cuma tanda-tanda kecil sudah ada. Lebih kurang 4 hari lagi menjelang tarikh jangkaan bersalin. Beg mama dan beg baby dah standby dalam kereta. Manalah tau, tiba-tiba terasa  sakit nak bersalin, boleh terus ke KPMC. Tak perlu balik ke Semenyih dahulu untuk mengambil apa yang patut.
Hari terakhir, tentunya menyelesaikan tugasan dan amanat untuk pengganti yang akan menjaga tempat saya start cuti bersalin nanti. Dah siap senarai kerja apa yang perlu dilakukan. Lagipun bos saya bukanlah seorang yang sukar untuk diuruskan. Cuma bertindak mengikut arahan, selainnya lakukan rutin tugasan harian sebagai Setiausaha seperti biasa. Dan harap-harap diluluskan cuti bersalin selama 90 hari tanpa sebarang halangan oleh bos besar Jabatan.
Moga permulaan cuti saya ini adalah satu permulaan yang baik untuk diri saya, keluarga dan tentunya persediaan menanti kehadiran kurniaan anugerah cahaya  mata kedua yang direzekikan oleh Allah buat kami sekeluarga.

1 comment:

  1. Salam 'alaik..skang saya dah 40 minggu 2 hari dan masih menunggu tanda-tanda bersalin..mmg mendebarkan..mmg zikir dan tahmid jadi peneman

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails