39 minggu


Bayi
Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu.
Anda
Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.
**********************************************

Iya, saya masih boleh berjalan ke ofis dan meneruskan rutin harian seperti biasa. Cuma pergerakan semakin perlahan kerana rasa cepat letih dan tak larat bila buat kerja banyak-banyak atau berjalan laju. Dah macam kura-kura, slow jer. Kalau minggu ini tak bersalin lagi, dah plan lepas 26 Disember ni nak mintak MC kat doktor. Nak berehat kat rumahlah.  

Teringat bila tonton rancangan Halaqah minggu lepas. Keajaiban alam janin rasanya tajuk tersebut. Prof tu cakap, proses kelahiran sama juga konsepnya dengan saat-saat kematian. Kita tak boleh jangka bila ianya akan berlaku. Bila-bila masa dan di mana jua yang Allah telah tetapkan. Kalau ditakdirkan masa itu, tiada sebarang penangguhan. Jadi saya berserah pada Allah. Bila-bila yang telah Allah tetapkan 2nd baby ini lahir ke dunia, lahirlah ia. Cuma harapnya sempat ke hospital dan selamat bersalin dengan lebih mudah daripada pengalaman melahirkan Fina dahulu.

Minggu ini saya dah start makan B6 untuk Salindah. Itu untuk seminggu sebelum bersalin dan 15 minit sekali jika terasa sakit. Harap-harap dengan mengamalkan Salindah ini, sesuai dengan badan saya dan memberikan hasil yang baik hendaknya. Ada juga review yang mengatakan produk ini tidak memberi kesan terhadap sesetengah ibu. Tapi bergantung pada kesesuaian masing-masing. Tak salah kalau mencuba. Cuma kita seharusnya berusaha dan bertawakal akan hasilnya menjelang proses kelahiran nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu