Berpantang Cara Alami

Bagi ibu-ibu  yang sedang hamil, ini adalah salah satu buku yang saya syorkan anda memilikinya. Harganya berpatutan dan isi kandungan yang ringkas dan padat. Sesuai untuk bakal ibu baru dan juga ibu yang telah beberapa kali bersalin.


Antara isi kandungannya ialah cara-cara berpantang Melayu turun temurun ~ berurut, bertangas, bertungku, mandi herba dan lain-lain ilmu yang merangkumi penjagaan selepas bersalin.


Serta panduan lengkap bagi menjayakan penyusuan susu ibu. Bagaimana mengendalikan susu perahan setelah bekerja bagi ibu yang bekerjaya dan tips-tips yang sesuai dijadikan panduan asas BF. 


Dan tidak lupa, 32 resepi berpantang yang enak dan berkhasiat. Sangat sesuai untuk dijadikan panduan am untuk suami saya tersayang.
Pelbagai resepi yang mudah disediakan.
Confirm tak rugi bila beli buku ini.

Pic from google

Comments

  1. puan, mane nak dapatkan buku ni... boleh tak emelkan cara dapatkan buku ni ke liza_jue@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. sy dah dptkan buku nie masa karnival karangkraf..memang berbaloi gak..banyak betul panduan dalam tue

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu