Rekod baru
Ini gambar graf 'tumbesaran' Fina dari lahir hingga sekarang. Setelah beberapa bulan mendapat berat badan purata 9kg-10kg, kali ini lepas timbang masa checkup kat Klinik Kajang Khamis lepas, Fina sudah pecahkan rekod baru. Fina sekarang berat badannya 13kg. Naik 3kg dari 2 bulan lepas. Patutlah hongeh mama dukung hari-hari naik turun tangga masa hantar rumah kaklong aka pengasuh Fina. Saiz badannya tak lah se'cubby' masa Fina kecil-kecil dulu, cuma tubuhnya makin tinggi dan berselera makan. Fina tiada masalah dalam perkembangan berat badan, grafnya pun memang akan naik secara konsisten. Selain timbang berat, ukur tinggi dan jumpa nurse untuk rekod perkembangan kesihatan Fina. Appointment seterusnya pada hujung Januari 2011 untuk makan ubat cacing.
hah! cacing pun ado ubek ko? apo pasal fina kono makan ubek cacing tu..kesian cacing tu tak do ubek..
ReplyDeleteha2..ubat untuk cegah cacing ler...kang keluar cacing kerawit dari tut...tperanjat fina.
ReplyDeletehahaha..k.az la korek ngan picit an!
ReplyDelete