Lega
Kerja-kerja mengemaskini fail-fail terbuka telah siap 90%. Ada lagi 1 fail untuk diselesaikan hari ini. Lega rasa. Pagi yang aman damai kerana ramai pegawai dan kakitangan ke Perhimpunan JPN dan ada yang terlibat dengan Hari Inovasi. Bolehlah saya selesaikan kerja-kerja lain. Fail-fail yang telah siap, telah saya hantar semuanya ke kerani fail. Mujur tidak banyak dokumen yang perlu disemak.
Isnin lalu ke Tesco Semenyih, bahan basah seperti sayur dan ikan kehabisan stok, kalau ada pun, tak segar. Beli barang-barang kering dan barang dapur. Kalau nak ke Tesco, saya suka shopping pagi Sabtu dan Ahad. Kalau pergi malam, memang banyak barang yang sudah habis.
Fina, seperti biasalah kalau ke Tesco mesti dapat upah sebab penat teman mama. Main-main di playground. Mainan wajib ialah naik kuda pusing-pusing. Dan ini mainan baru yang Fina cuba kat sana.
Sekarang ini, saya rasa Fina kuat makan. Semalam saya ke Pasar Malam Bangi, habis 2 batang char kuih tu Fina makan. Kalau cuti hujung minggu pun sama. Dapat-dapat kalau baba Fina suapkan Fina makan. Memang habis sepinggan nasi (saiz pinggan comel). Esok ada appointment di Klinik. Boleh timbang berat badan Fina tengok naik berapa kg. Kalau Fina kuat makan, mama tak risau, yang mama risau kalau Fina tak ada selera makan..
Comments
Post a Comment