Tudung Syiria

Selain baru berjinak-jinak dengan tudung yang ada awning kat depan tu (jenuh pilih yang sesuai dengan muka), sekarang saya beralih minat ke tudung syiria. Baru kumpul-kumpul koleksi. Senang juga pakai tudung syiria, pakai anak tudung dulu, lepas tu sarung tudung kebelakang sikit agar nampak anak tudung di depannya. Dari segi penjagaan pula, kalau dibandingkan dengan tudung awning, tudung syiria lagi mudah untuk dicuci. Agak-agak malas nak cuci guna tangan, masuk mesin basuh pun tak apa. Kalau tudung awning, takut 'patah' awningnya bila masuk mesin.

Memang luas pemandangan wajah bila saya pakai tudung ni. Bagi nampak pipi tembam sikit walaupun badan dah makin kurus. Lepas bulan puasa, rasa makin susut badan saya (tak yah pergi Slim World). Pipi je yang maintain dari dulu, kalau pipi pun cengkung, memang dah tahap kritikal lah. Saya dah ada 7 koleksi tudung syiria ni. Harganya pun berpatutan. [Kak Wa, jom pi borong sekodi kat Jalan Masjid India, hi2]

Comments

  1. aku ada selai. free GA. cam tek reti pakai la.. jo'oh jek muka aku jdnya...

    ReplyDelete
  2. kakngah : meh, wakaf kat aku.ha2..ok je kalau dah try pakai.mcm tdg awning, skrg ni elok je aku tgk ko pakai..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

28 Minggu

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..