Maklumat lanjut tentang peraduan ini boleh didapati
di SINI Syarat penyertaan:
Terbuka kepada semua.
Buat 1 entri di blog anda atau 1 album di Facebook anda untuk menyatakan bagaimana anda mengepam dan menguruskan susu ibu perahan di tempat kerja/di rumah.
Penyertaan perlu ditulis dalam Bahasa Melayu.
Salin dan tampal logo DuniaSusuIbu.com ini di permulaan entri album Facebook anda.
Masukkan blog DuniaSusuIbu.com dalam senarai blog anda/jadi rakan Facebook DuniaSusuIbu.
Tinggalkan komen dengan menyertakan link penyertaan anda terus ke entri/album Facebook anda.
Peraduan bermula 1 Oktober 2010 dan berakhir pada 31 Oktober 2010.
************************************************************************************
i) Bagaimana saya mengepam ketika di tempat kerja.
Set pam Spectra 3 mengandungi Pam S3 (double pumping), beg galas untuk isi pam, beg penghawa dingin (cooler bag), 3 ais pek, botol susu MLO.
Saya bekerja waktu pejabat 8 pagi hingga 5 petang. Perlu mengepam sebanyak 3x sehari secara konsisten. Jadi saya telah memilih untuk menggunakan pam elektrik - dwi pam (pam payudara kiri dan kanan secara serentak) untuk menjimatkan masa dan memudahkan proses pengepaman susu. Pada awal-awal setelah naik bekerja selepas cuti bersalin, saya akan mengepam sebanyak 3 kali di ofis. Waktu pagi, tengahari dan petang. Saya akan pastikan rutin harian untuk mengepam susu adalah mengikut jadual yang tetap. Ini penting untuk memberi signal kepada otak agar menghasilkan susu pada waktu-waktu tersebut.
Sejak anak saya memasuki usianya 1 tahun lebih, saya telah mengurangkan sesi pam kepada 2 sesi sahaja iaitu waktu pagi dan petang. Seterusnya setelah anak saya 1 tahun 7 bulan, saya pam 1 sesi sahaja dan sekarang setelah anak saya tidak mahu lagi menyusu waktu siang (1 tahun 9 bulan), saya berhasrat dan cuba untuk berhentikan pam di waktu bekerja. Saya masih menyusukan anak ketika di rumah dan waktu cuti.
Selalunya saya akan mengepam di bilik yang berkunci dan tempat yang tiada gangguan serta bersesuaian (bilik kawan, surau). Bila pam, saya pastikan diri berasa tenang dan elakkan daripada stress. Bayangkan wajah anak dan pam selama 15-20 minit bagi setiap sesi.
ii) Bagaimana saya menguruskan susu ibu yang dipam ketika di pejabat.
Hasil susu yang dipam ketika di pejabat.
Setelah habis sesi mengepam, saya akan simpan susu di dalam beg penghawa dingin (cooler beg). Beg ini disertakan dengan ais pek yang perlu dibekukan selama 8 jam atau lebih dahulu sebelum digunakan. Beg ini amat berguna sekiranya tiada peti ais di ofis dan memudahkan untuk saya membawa balik susu ibu ke rumah dengan selamat. Suhu dan tempoh penyimpanan susu ibu amat penting bagi memastikan susu ibu tidak rosak (kalau boleh kena ingat).
Tempoh Simpanan Susu Ibu:
Suhu bilik - Sehingga 8 jam
Peti sejuk - 24 - 96 jam (1-5 hari) sebaiknya simpan 1-2 hari
Dingin beku (peti sejuk dua pintu) - 3 bulan
Peti sejuk beku lampau (-20) - 1 tahun
iii) Bagaimana saya menguruskan penyimpanan stok susu di rumah.
Stok susu yang disimpan dalam peti sejuk 2 pintu (bahagian dingin beku)
Pada awal-awal penyimpanan stok susu, saya menggunakan bekas dadih. Saya akan simpan sebanyak 3-4oz setiap bekas mengikut jumlah sesi penyusuan anak saya. Tinggalkan sedikit ruang di bahagian atas penyimpanan susu kerana susu yang dibekukan akan 'mengembang'. Labelkan dengan tarikh dan masa susu dipam. Untuk menjimatkan ruang peti ais, saya telah mengunakan plastik (liner). Panduan menggunakan liner telah saya kongsikan di sini. Saya akan membuat sesi pemeriksaan stok susu sebulan sekali. Tengok kalau-kalau ada susu yang telah tamat tempohnya untuk dibuang. Sehingga hari ini hanya tinggal sebanyak 25 stok susu yang berkemungkinan akan dibuang kerana anak saya sudah tidak minum susu yang dibekalkan ketika saya bekerja. *************************************************************************************
Perkongsian di atas adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Selain itu perkara yang paling penting untuk menjayakan penyusuan susu ibu ialah NIAT, TARGET, DISIPLIN dan ILMU. Jangan mudah putus asa sekiranya menghadapi masalah dalam memilih untuk menyusukan anak 100% dengan susu sendiri. Susu ibu adalah pilihan yang terbaik. Bukan dari aspek kesihatan sahaja, malahan ajaran Islam sendiri menitik beratkan kepentingan penyusuan susu ibu. Teruskan perjuangan bagi yang telah memulakan langkah dan bagi bakal ibu yang baru, pilihlah yang terbaik untuk anak anda. Mudahan Allah permudahkan perjalanan dan perjuangan kita. Itulah hakikat menjadi seorang ibu - sanggup lakukan apa sahaja demi anak tercinta.
best nyer..padat perisiannya....terharu
ReplyDeleteSalam, mama fina. sy nak bertanya yg breastshield pam s3 tu simpan kat mane ye?sbb beg MLO tu sgt compact n muat2 je taruk cooler beg dlm beg besar tu
ReplyDeleteZakilah : hu..hu..saya lagi terharu sbb dah tgl sejarah zaman2 pam kat ofis nih..
ReplyDeleteMama : salam, saya tinggalkan BS kat ofis jer.memang tak bawa balik ke rumah. memang tak muat kalau ltk dlm beg MLO.dulu2, saya sumbat juga dalam cooler bag tu. tapi 1 BS je la.kalau mcmtu, kena letak dlm h/bag je. tapi kena guna h/bag besar sikit la..memang byk beg nak guna. tak pe, demi baby..apa pun boleh kan..happy BF:)