Cara menggunakan liner

Kali ini saya kongsikan cara saya menggunakan liner YHAB untuk menyimpan stok frozen EBM:

(1) Saya tuliskan tarikh susu dipam menggunakan marker kekal. Kalau awal-awal dulu, saya letak juga masanya, tetapi pada pandangan saya kalau letak masa hanya praktikal ketika berpantang. Terutamanya pam susu untuk simpanan fresh EBM dan pada suhu bilik. Kalau untuk stok frozen, memadai letakkan tarikh sahaja. Sebagai makluman, frozen EBM tahan sehingga 3 bulan jika disimpan dalam peti ais 2 pintu di bahagian beku. Elakkan letak susu di tepi pintu ais kerana menjejaskan suhunya apabila kita sering buka dan tutup pintu ais tersebut ketika mengambil bahan-bahan beku yang lain.

(2) Seterusnya keluarkan stok susu yang ingin disimpan. Jika diperhatikan susu ibu mempunyai 2 lapisan yang terpisah. Lemak dan air. Selalunya saya terbalikkan dahulu botol susu ini agar susu tersebut bersatu kembali.

(3) Masukkan liner di bahagian atas botol susu dan terbalikkan botol susu tersebut.

(4) Kemudian ikat menggunakan getah dan pastikan tinggal sedikit ruang semasa mengikat liner tersebut. Ini untuk memberi ruang ketika susu membeku.

(5) Susun dan masukkan dalam peti ais di bahagian beku. SELESAI.
Mudah bukan. Setakat bulan April 2010 stok frozen EBM saya tinggal 36pcs berisi 3-4oz setiap liner. Selalunya saya asingkan ikut bulan dan label di dalam plastik seperti plastik putih di atas untuk memudahkan penggunaan bekalan susu Fina. Dalam plastik putih tu, stok bagi bulan Februari 2010. Di bahagian tepi kanan, stok bulan Mac 2010 dan di bahagian tengah stok bagi bulan April. Sehari saya akan bekalkan 1 stok frozen EBM untuk Fina dan lagi 2 botol fresh EBM yang saya pam semasa di ofis. Sebenarnya pengendalian EBM tidaklah terlalu sukar sekiranya kita belajar asas dan mengikut cara sendiri bagi memudahkan kerja tersebut.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

28 Minggu

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..