Atas nama Persahabatan

Membaca n3 Kenangan itu indah di blog kawan baik saya ikien, membuatkan perasaan saya bercambur baur. Gembira dan terharu kerana saya masih mempunyai seorang sahabat yang sama-sama turut melalui kehidupan sewaktu zaman remaja kami dahulu. Sesekali mengimbas kenangan tatkala masing-masing mempunyai kehidupan sendiri adalah sesuatu perkara yang amat bernilai pada diri saya. Kadang-kadang tergelak bila mengenang kisah lama.
Khas untuk ikien, mesti ko ingat lagi memori ini..Meh imbas sikit..ala-ala filem hitam putih :
~ Kita naik bas dari Bahau ke Seremban minta kerja kat Ocean jadi cashier. Time tu, perkara utama tempat kerja tu kena ada hostel dan duduklah kita kat rumah teres setingkat area Taman Murugesu (betul ke nama nih) depan ocean. Kita sebilik dengan Kak ina panjang time tu kan. Dia ni memang suka beli barang make up kan. Branded lak tuh..Maybelinne, Loreal, lipstik warna pucat2..
~ Kita pi kelas belajar komputer kat bandar Seremban. Time tu ingat nak dapat Sijil Komputer. Bayar yuran aku rasa RM50 ke. Tapi yang diajarnya guna notepad je..Ish2..tak improve langsung.
~ Kita berkenalan dengan orang-orang baru, Abang Rafi, Kak Nani, Kak ina pendek, Kak Ina Panjang, Kak Mala, Kak Syikin, Abang Hashim, Abang Rasdan, Abang Selamat, Ida&Kak Sue Kelantan, Salwa, Liza, budak-budak stor, geng-geng HD dan ramai lagi yang aku ingat muka tak ingat nama. Geng-geng cashier time tu banyak yang lepas SPM. Tapi sorang-sorang berhenti sebab pi sambung belajar.
~ Gaji kita 2x sebulan. RM500 jer. Setengah bulan dapat cash dari Personal Dept. Siap ada syiling skali. Hi2..Kita beli barang kat Hong Kong Express, makan kat cafe bawah, sesekali makan kat A&W dalam City Point tuh. First time kerja, beli apa yang kita nak dengan duit sendiri. Rasa suka sangat-sangat.
~ Pi beli handfon ericsson. Ko nye tak silap aku warna biru ke kan. Boleh lipat..Aku beli kat kak Nani sony ericsson T10. Boleh vibrate..Ha, liza ko ingat lagi x? Dia minat nokia yg antena besar tu.
~ Kita pegi karoake dengan kak nani & hubby dia naik Satria. Lawak betul time tuh..Cemas je, first time pi nyanyi tempat gitu.
Banyak lagi sebenarnya, tapi cukuplah apa yang terlintas di kepala ketika ini. Kepada ikien, saya sentiasa mendoakan kebahagiaannya. Moga perhubungan yang dijalinkan atas nama sebuah persahabatan dan semangat setia kawan ini akan terus berkekalan. Ya, kenangan itu amat indah dan terlalu indah untuk diingati dalam meniti hari-hari berlalu.

Comments

  1. ko memang kelas..ingat benda2 nie lg. Tp aku mmg takleh lupa g karaoke dgn kak nani 2.bleh plak msk bilik air xde gayung, tgk org pki seksi2 cuak giler..

    lg st, ina pjg..abg rafi pggl mak lampir(hrp2 dia tak bca lah komen aku nie).lg st abg shafiq kot nama dia yg auw sikit tu.

    thank u sbb baca n3 aku hr 2. kita sahabat selamanya..dan tq jd kwn yg sgt2 baik kepada aku nie. Dr ko aku byk belajar. belajar jd tegas sikit,berani dan belajr mcm mana nk kira upah beli brg kemas terutamanya hehee

    ReplyDelete
  2. ikien : ha, teringat gak nak citer beli emas kat poh kong tuh..siap byr bulan2 lagi kan. kot masa tu kita beli gelang/rantai 'berat' & "tebal" sikit mesti skrg gadai dah berganda2..time tu baru RM36++ jer 1gram.hi2..
    moga kita bersahabat sampai bila2 kin!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

28 Minggu

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..