Pantai Puteri

Perjalanan diteruskan selepas singgah ke Masjid Al-Azim. Round ke Bandar Hilir. Tapi tak larat nak turun, lagipun dah beberapa kali naik ke bukit A'Famosa tuh. Tengok-tengok pemandangan di sekitar Bandar Hilir dari dalam kereta aje. Ingatkan nak naik Eye On Malaysia yang telah dibeli oleh Kerajaan Melaka, tapi menurut cakap Maksu Fina, EOM tu telah disita. Dah dekat setahun tak berfungsi. Rugi-rugi. Penat je bawa dari Tasik Titiwangsa dulu kan. Kalau dapat naik pun, saya mesti fikir 2-3 kali. Saya jadi gayat & takut bila di tempat tinggi.

Seterusnya, kami menuju ke Pantai Puteri yang dulunya dikenali sebagai Tanjung Keling. Fina mula-mula takut dengan ombak pantai yang kena kakinya, tapi bila dah lama-lama baru Fina berani. Maklumlah, hantu air. Pantang jumpa air, suka sangat dia.



Umi kalau ke Pantai Puteri mesti makan Yong Tau Fu. Memang banyak pilihan yang ada. Saya pun mencuba semangkuk. Memang sedap. Ayah jer tak minat makan Yong Tau Fu. Ayah makan mee bandung. Sebelum balik, beli pula otak-otak. Lepas Asar, kami bergerak pulang ke rumah. Bulan 7 kalau jadi ke MBFPC boleh ler kami jalan-jalan ke Melaka lagi.

Comments

  1. wey.. dulu pantai klebang la..
    suke2 ko je tuko.. hahahahah!!!

    ReplyDelete
  2. ye ke ngah..umi&ayh ckp dulu tanjung keling..permaisuri Aishah tukar nama ke pantai puteri..wakaka..ke aku yg salah dgr..

    ReplyDelete
  3. az best ko bejalan ea..amik wasiat kat cini...
    http://ibuhakimhaikal.blogspot.com/2010/04/wasiat-dari-zati-zai.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

28 Minggu

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..