Update bekalan susu

Bekalan Fina ke rumah Kaklong aka Pengasuh Fina sekarang ialah sebanyak 3 botol susu sahaja. Kalau dulu Fina minum 4 botol sehari, sekarang telah kurang 1 botol. Pada pemerhatian saya yang telah setahun BF Fina, kalau masa Fina berusia 1-6 bulan dahulu bekalan susu lebih banyak kerana Fina belum start makan solid dan masih bergantung sepenuhnya kepada susu sahaja. Bila dah start makan, secara semulajadi susu yang diambil akan berkurangan sedikit demi sedikit mengikut pertambahan usianya. Jadi jangan risau bila bayi anda tidak menyusu berbotol-botol seperti bayi yang minum susu formula. Susu ibu mempunyai pelbagai khasiat yang mencukupi bagi bayi. Apa yang penting, 6 bulan pertama bayi hanya diberi susu ibu sahaja tanpa perlu memberi sebarang makanan tambahan ataupun air kosong.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu