Puasa

Congak-congak, lebih kurang 4 bulan lagi munculnya Ramadhan. Cukuplah saya buat puasa ganti 2 hari sebulan untuk bayar 8 hari yang kena ganti. Asyik tertangguh je nak puasa. Bila dah dekat-dekat Ramadhan, baru nak ganti. Rasa menyesal pula tak buat puasa nam masa lepas Raya hari tu. Hari ini start hari pertama ganti puasa. Target, hari Khamis ni pun nak puasa gak. Pastu sambung bulan depan. Setakat pagi ni, masih mampu bertahan. Cuma tekak rasa kering sikit. Maklumlah dah biasa minum air banyak. Pam susu macam biasa. Pagi tadi dapat 5oz sesi pagi. Petang nanti pam lagi sekali. Harap-harap saya boleh bertahan hingga ke Maghrib. Rasa sekarang ni, Maghrib macam lewat je masuk. Jenuh nak tunggu. Bila dah puasa, mulalah tekak teringin nak makan macam-macam. Balik ni saya dah fikirkan 1 menu yang cepat dan mudah dimasak. Google resepi, saya jumpa resepi SIAKAP STIM SEMPOI. Memandangkan kukus tak de, masak dalam kuali je lah.Sempatlah saya masak pukul 7 mlm. Lepas tu, time Maghrib jer ngam-ngam ikan tu dah masak. Makan panas-panas. Sedapnya..adui..cepatlah petang..
Ni resepinya :-


Bahan2
Ikan siakap
Halia muda- hiris halus
Sos tiram
Lemon
Sayur ( carrot dan apa2 je yang ada dalam peti ais)
Cara2.. Stimkan ikan ( tak stim pun sbb malas ) Wa buat cam ni je.. Masukkan ikan dalam kuali non stick dengan air .. kalau nak kuah banyak lebihkan air ok,,campur sikit garam tutup kuali Sambil tu..goreng halia muda sampai warna kekuningan dan garing sedikit.. Bila ikan separuh masak...letakkan sos tiram atas ikan.. pas tu , curahkan sedikit minyak lebihan goreng halia muda tadi bersama halia muda.. Masukkan carrot. Angkat...perahkan sedikit lemon dan tabur daun bawang/sup

Comments

  1. dah start ganti puasa yer..sy belum lagi..ish ish nak kena mula dah ni, ramadhan kian hampair dah..

    *simplenyer resipi maak ikan tu, kena try nih.

    ReplyDelete
  2. hajar: ketar kaki lama tak poser..takut gak tak sempat last minit gant. try2 resepi tuh..tapi letak lemon sikit je tau..

    ReplyDelete
  3. salam...

    saya baru buat 11 hari....ada lagi 18 hari nak buat...:(...berpantang di bulan pose....susu pun sangat merudum....cuma nasib baik stok bnyk....klu tak...mau nya saya bertangguh mengganti dan tunggu bila anak dah tak BF...;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..