Majlis Kesyukuran PS

Tertunai hajat kami suami isteri untuk mengadakan Majlis Kesyukuran sempena berpindah ke rumah baru. Mulanya rancang nak buat pertengahan bulan 3 tapi disebabkan beberapa perkara terpaksa ditangguhkan ke 4 April 2010. Terima kasih kepada ahli keluarga saya yang banyak membantu.
Majlis dimulakan dengan Solat Hajat dari ahli Surau di Taman PS. Lebih kurang 20 orang menyempurnakan Solat Hajat dan bacaan doa. Mulanya saya ingin buat bacaan doa selamat dan tahlil, tapi abang nak buat cara orang pantai timur. Buat Solat Hajat. Selepas habis bacaan doa, semua ahli surau dijemput makan tengahari.

Solat Hajat
Menu pada hari tersebut:
  • Nasi
  • Kari Kambing (ayah sponsor, tq ayah!)
  • Ayam goreng
  • Pisang muda masak lemak putih
  • Acar nenas
  • Sambal belacan
  • Ikan masin
  • Ulam raja & timun
  • Bihun Singapore
  • Agar-agar Cendol (kaklong 'menanam', tq!)
  • Kek gula hangus (dari kak nori, tq!)
  • Sandwich sardin & telur (dari kak wa, tq!)
  • Buah tembikai
  • Air anggur
Terima kasih juga kepada saudara mara dan rakan-rakan yang sudi hadir ke Majlis kami.
Family ~ Ayah, umi, yana, along&kaklong, kakngah, erin, boboy, adeeb, haziq, kak ya, kutam, dania. Kak ti & kak na sekeluarga dan Nurul.
Kawan-kawan ~ Kak Wa & Halim, Kak Nori sekeluarga, Kak lin sekeluarga, Mazni sekeluarga, En. Iskandar sekeluarga, Khalil sekeluarga, Ita sekeluarga, Ema sekeluarga, Miza sekeluarga, Kak Sue, Wahida, Ani, Shima, Fauzi&Wati, Zaity, Naimi&Faiz, Hadi, Bukhari, Fid&Putih, Aju sekeluarga, kawan-kawan abang dan jiran rumah. (dan lain-lain yang tak disenaraikan)

Terlalu sibuk sampai tak sempat tangkap gambar.
Jadilah sekeping jer gambar dengan Fina & Dania.

Keletihan dan kepenatan selepas Majlis selesai, tapi saya dan abang berpuas hati dan seronok sekali bila dapat berkongsi dan meraikan Majlis Kesyukuran kami bersama-sama keluarga dan kawan-kawan yang lain. Maaf jika ada sebarang kekurangan. Moga Majlis kami diberkati oleh-Nya.

Comments

  1. klu klong dh menanam tu...bilo nk mulangan blk
    hehehe...

    ReplyDelete
  2. kaklong : amboi2, cepat btl minta balasan..hi2..buat la open house, nanti org balas beras 10kg.ha2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu