6 tahun lalu
29 April 2010, genap 6 tahun saya bekerja di Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara. Tu tarikh lapor diri. Tapi masuk ke Bahagian Penasihat lebih kurang seminggu selepas transit di Bahagian Sumber Manusia.
Kalau 6 tahun lalu :
Sayalah antara staff termuda di ofis (time tu baru 22 tahun) tapi kini dah ada staf lagi muda dari saya.
Masih bujang (trang tang tang) dan baru habis belajar kat Poli (fresh lagi la eh).
First day, sejuk-sejuk tangan bila bersalam untuk perkenalan dengan pegawai dan staff kat Bahagian Penasihat.
6 tahun di Bahagian ini, saya telah menjaga 4 orang Ketua Unit. Bos pertama saya ialah En. Raja Ahmad Faridz. Bos kedua Puan Tay Le Ly, jaga 2 bulan jer. Bos ketiga Puan Azian dan dari tahun 2008 sehingga sekarang saya menjadi PA En. Iskandar Ali Dewa. Semuanya baik-baik belaka dan saya tidak ada masalah bekerja bersama mereka. Apa yang penting saya rasa seronok bekerja dan rasa bertuah mengenali mereka semua sepanjang saya bekerja sebagai seorang PA.
Dari kiri- Kak Wati, Kak Jue, Kak Aya, Kak Midah, Kak Le, Kak Pah, Kak Rozi, Saidi , Kak Mas, Elly, Kak Sue, Pojie, Kak Siti, Az, Kak Ida, Kak Nori, Kak Zura, Azi. Yang duduk tu Ketua Bahagian ketika itu - Dato' Zawawi
Staf pula ramai yang telah bertukar ke pejabat lain, ada juga yang telah pencen dan ada juga yang dinaikkan pangkat. Gambar yang di atas hanya tinggal 5 orang sahaja yang masih kekal di Bahagian ini (Kak Aya, Kak Nori, Pojie, Saidi dan Kak Sue). Termasuk saya juga, masih berada di sini dalam Unit yang sama cuma nama unit yang berbeza. Bekerja di sini pasti ada yang datang dan pergi. Sama gak mana-mana ofis. Apa yang saya tahu, kemungkinan saya akan kekal 'pencen' di sini..Congak-congak ada dekat 30 tahun lagi saya pencen. Lama betul nak duk JPN. Boleh bertahan ke.ha2..
Untuk Kak Wa, sila tengok gambar ni tau :)
Comments
Post a Comment