Gembira membantu

Terasa gembira di hati apabila dapat membantu menjawab pertanyaan dari kawan-kawan yang berminat untuk BF anak mereka. Mungkin pada orang lain, soalan itu kadang-kadang merupakan suatu soalan yang remeh. Tetapi tidak bagi saya. Selagi saya mampu untuk memberi pandangan, selagi itulah saya akan menyuarakan pendapat dan menghulurkan pertolongan. Itupun berdasarkan pengalaman dan ilmu yang saya dapati sepanjang perjalanan saya BF Fina. Belajar melalui pengalaman. Terutamanya, anak sulung. Memang semuanya serba baru dan terasa kekok.

Senyuman Fina inspirasi saya. Moga saya berjaya BF hingga Fina 2 tahun.

Saya masih ingat semasa saya dalam pantang, saya mesej rakan-rakan yang pernah BF anak mereka. Tanya bagaimana mereka 'pumping' ketika di ofis, jadual, cara simpan, pam apa yang digunakan dan macam-macam soalan lagi. Saya pernah tanyakan Mai, bagaimana jadual mengepam beliau semasa di ofis, berapa outputnya. Yang saya ingat Mai cakap, dia dapat pump 2-3 botol sehari 4-5oz penuh. Terperanjat saya, terasa banyak susu Mai. Sedangkan saya masa itu hanya dapat mengumpul 2oz penuh botol kecil. Masa tu, baru je beberapa hari pantang, manalah banyak susu lagi. Alahai, ceteknya ilmu. Pernah juga selepas saya tanya kepada Aju, pam apa yang digunakannya. Dia cakap guna pam elektrik, harga pun makan beratus juga. Alamak, terasa mahal pula. Berbaloikah saya gunakan pam mahal-mahal ini. Aju pula berjaya memberi susu ibu kepada anaknya selama 6 bulan. Tapi anaknya tak mahu direct. Dia hanya pam dan berikan susu melalui botol. Terasa kagum pada Aju yang berjaya BF Aqish selama 6 bulan. Sedangkan saya, ketika itu bagaikan bayi baru bertatih di alam BF. Tercari-cari ilmu. Maklumlah, saya tidak pernah menghadiri Kelas Persediaan BF. Pada ibu-ibu yang tengah mengandung, cuba-cubalah luangkan masa untuk menghadiri Kelas tersebut. Saya pasti, tidak rugi jika mempelajari ilmu yang diberikan oleh Kaunselor Laktasi yang bertauliah seperti mereka.

Pertanyaan saya tidak berakhir di situ, saya juga pernah sms Puan Rita Rahayu, pemilik MOM LITTLE ONES bertanyakan bagaimana caranya gunakan ice pack dalam cooler beg tu. Jika guna cooler beg, tak perlu lagi ke letakkan beg tersebut dalam peti ais. Syukur, Puan Rita menjawab persoalan saya. Walaupun mungkin pada beliau soalan itu amatlah mudah dan tidak perlu dijawab, tapi beliau sudi membantu saya. Begitu juga ketika saya diserang chicken pox semasa Fina berusia 5 bulan setengah. Saya keliru sama ada perlu meneruskan BF atau tidak. Kalau diteruskan, takut Fina dijangkiti. Nak berhenti, belum cakap target 6 bulan. Sekali lagi, Puan Rita sudi menjawab soalan saya. Sungguh, saya amat gembira bila setiap persoalan yang saya utarakan sudi dijawab dan diberi pandangan sebaiknya oleh seorang yang boleh dijadikan rujukan. Oleh itu, tidak salahnya niat kita membantu mereka yang ingin mengetahui pelbagai perkara mengenai BF. Teringat kata-kata DR TUAH dalam bukunya, sifir hidup ini amat mudah, buat baik-dibalas baik, buat jahat-dibalas jahat.

Comments

  1. salam az..

    sy akan ingat az jugak pasni coz sudi jawab sume soalan2 remeh sy..hehehe..terima kasih yer az..semoga berjaya BF baby kite sehingga umur mereka 2 tahun!!!cayok cayok!!!

    Sakinah

    ReplyDelete
  2. salam sakinah,sama2 lah kita kejar target eh!moga berjaya.amin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

28 Minggu

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..