Zoo Melaka


Saya tak ingat kali terakhir saya pergi ke Zoo Melaka. Tapi agak bertahun-tahun juga tak sampai ke sini. Minggu lepas ayah dan umi ajak kami berjalan-jalan ke Melaka. Tempat utama yang dituju ialah Zoo Melaka. Musim hujan, ayah tak pergi 'mengajar', sesekali nak berjalan dengan anak dan cucunya. Kami bergerak dari rumah di Gemencheh selepas sarapan pagi.

Kat kedai cenderamata depan pintu masuk Zoo, tengah test topi nak belikan utk Fina.
Yang tersengih tu ialah maksu Fina - YANA.



Fina takut bila dekatkan dia kat kuda. Tak mesra haiwan lah Fina ni.
Keletihan juga kami semua, berjalan berpeluh-peluh macam pi jungle tracking/rentas desa nak tengok haiwan. Tapi saya rasa macam tak banyak haiwan kat Zoo Melaka ni. Paling banyak ialah rusa. 3-4 tempat ada rusa. Haiwan lain seperti seladang, gajah, harimau, burung kakak tua, singa, badak dan ada juga yang saya tak ingat namanya. Pada saya Zoo Melaka tetap sama seperti waktu dulu-dulu saya pergi. Cuma diupgrade kawasan-kawasan tertentu. Apa yang masih kekal SEPERTI DULU, tempat nih..replika kura-kura simen. Dari saya kecil ada dah kura-kura nih. Ada 2 ekor. Kalau ambil gambar, mesti semua pakat duduk kat kepala kura-kura. Fina pula mewarisi sekarang :)


Fina & kura-kura .
Terdapat juga pertunjukan haiwan - monyet, kakak tua dan burung helang. Memang jinak haiwan-haiwan yang telah diajar untuk petunjukan ini. Maksu Fina naik hafal apa yang haiwan tu akan buat, maklumlah setahun 4-5 kali rombongan ke Zoo Melaka.
Atuk & nenek tengah layan Fina sambil tengok pertunjukan haiwan.
Masa ni fina tak nak jalan dah penat sangat.

Setelah berjalan lebih kurang 2 jam, kami ke De'pelaccan restoran terapung berhampiran tasik. Ada promosi makan tengahari 1 kepala RM3.00 sahaja sempena pembukaan restoran. Makan nasi campur + air sirap. Ayah saya selamba jer tukar nama restoran ni kepada DE'BELACAN..Tergelak-gelak kami sekeluarga dengar ayah sebut.
Ni Fina tengah makan. Lapar sangat Fina time nih.Fina bila berjalan tempat awam memang BF sikit-sikit jer. Malu kot. Bila dalam keta, terus BF sampai tidur.



Kali ni Fina dah tak larat sangat dah.Tengah tunggu mama nak balik.

Selepas makan kami keluar dari Zoo Melaka. Masing-masing keletihan. Nak pergi ke tempat lain pula. Alang-alang dah sampai ke Melaka, berjalanlah hingga petang. Walau keletihan, rasa seronok sangat dapat menghabiskan masa bersama-sama keluarga tersayang.

Comments

  1. bestnyer fina jln2 g zoo yer..byk tgk binatang ke?

    Fina xmesra binatang sbb binatang tu besor sgt kot..

    *muka maksu & fina serupa la

    ReplyDelete
  2. hajar : bkn fina yg tgk, mamanya yg sibuk tgk haiwan kat zoo tuh..fina kenan muka maksunya kot..badan pun bakal ikut saiz maksu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

28 Minggu

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..