Dah ganti 1 hari
Sangat keletihan berpuasa semalam. Hingga ke petang, badan berpeluh-peluh. Rasa kaki bergoyang. Nak buka, dah pukul 4.30ptg. Tahan jer. Alhamdulillah, selamat juga 1 hari saya ganti puasa. Rasanya sebab dah lama tak puasa kot. Tu start hari pertama, jadi lemah semacam. Balik dari kerja, terus tidur dalam kereta. Pukul 7mlm gagahkan diri untuk masak siakap halia. Bila dah azan, minum je air terus rasa kenyang. Makan pun tak berselera. Tengah kunyah nasi, rasa pedih je kat tepi tekak. Kiri dan kanan pula tu. Kene ulser lah saya. Rimasnya. Malam makan buah mangga dan buah oren. Rasa tekak nak yang masam-masam jer. Fina, tidur pukul 8.30malam. Pagi tadi bangun pukul 4pg main sorang-sorang. Masuk je kereta, tidur terus sampai rumah kaklong aka pengasuh fina. Rasa-rasa Khamis ni nak puasa 1 hari lagi. Kali ni saya nak sahur dan minum air lebih. Biar mampu bertahan hingga ke Maghrib.
Az..ko xmkn vitamin tu ke?mknlah sekurang2nya xdelah badan ko penat sgt bl berpuase.. ;)
ReplyDeleteko ni dik,dh tau kena usler..
ReplyDeletemakan lg mangga&oren tuh..
lg melarat ar...
asmah : hi2..nak poser tak de la aku mkn mah. takut kurang air. Kan mkn vitamin kene bykkan air. takpelah,nanti khamis aku mkn yo..(mcm dktor lak ko..ha)
ReplyDeletekaklong: mana tau, teringin nak mkn buah..sedap je org mkn mlm tadi.hi2..