Si montel
Sejak minggu lepas saya dapat rasakan Fina makin tembam pula. Tak taulah naik berat badan ke tak, cuma pipi tu buat saya nak cium kuat-kuat, geram! Haritu rasa Fina dah kurus sikit, sekarang ni dah makin montel. Kalau terberry tu, 2-3x sehari. Selalunya, time pagi-pagi nak pegi keje mulalah Fina terberry. Nak kata banyak makan, rasa Fina makan biasa je. Kaklong aka pengasuh Fina rajin bagi Fina bubur nasi. Bagi sekali 3 orang, kak Ya, Fina & Dania. Kak Ya dan Dania sepupu Fina. Terima kasih kaklong, menjaga & mengenyangkan perut bulat Fina tuh..Gaji tak de tunggakan kan..ha2...
Ni gambar time tengah tidur siang. Fina kalau time saya cuti Sabtu Ahad, jarang nak tidur dalam buai. Selalunya BF sampai saya pun tertidur sekali. Bila tengok gambar ni, dah macam amoi pula. mata ternaik ke atas. ha2..Apa yang tetap sama dari lahir hingga sekarang ialah Fina akan menyusu 3-4x semalam. Walaupun dah setahun 3 bulan, Fina masih meneruskan rutin malam yang sama. Mana tak montel, malam-malam pun nak isi minyak. Tapi untuk ibu yang menyusu, BF di malam hari adalah perkara penting yang patut dititikberatkan kerana amalan ini akan mengekalkan tahap pengeluaran susu. Jadi jangan abaikan BF waktu malam.
skrg ni suap bubur tuk fina ngn dania je..
ReplyDeletekak ya dah tak nak lagi..
gaji ok...cumo tak do bonus tahunan yo...
hi hi hi....gurau yo dik..!
bonus, kene tanya big bos..hi2..
ReplyDeleteFina bambam penangan BF mama la tu, sama la dgn anak sy Danies, BF mlm sampai 3 4x, tp badan Danies xnaik sgt pun cuma dia tinggi...hehehe
ReplyDeletegerammm benor aku nengok si fina ni az.. tembam sangat.. ishhh... penangan BF la niee.. :)
ReplyDeleteHajar : Danies mesti sihat minum susu ibu..org kata baby boy memang cpt tinggi kan..
ReplyDeletemai : nanti baby ko no.2, boleh lah jadi bambam mcm fina..hi2..