Update 1 Tahun 9 bulan

Perkembangan Fina di usia 1 tahun 9 bulan :)
  • Dah ada 3 batang gigi. 2 kat atas dan 1 kat gusi belah bawah.
  • Dah tak nak nyusu siang time saya pergi kerja. Nak direct BF sahaja.
  • Dah pandai cakap sikit-sikit. Faham arahan yang senang-senang.
  • Rajin tolong saya mengemas rumah, memasak, menyapu.
  • Kadang-kadang kuat membebel dan marah orang. Garang gak Fina nih.
  • Suka main masak-masak kat dapur. Dikeluarnya pinggan mangkuk kat kabinet, pastu main masak-masak. Sekarang ni suka main lesung batu. Saya bagi karot/timun untuk dia tumbuk. Sukalah dia.
  • Bila nampak saya pakai kerongsang, baju yang ada manik, rantai, gelang, Fina cakap 'atikk' - cantik la tuh maksudnya.
  • Suka makeup. Bila saya siap-siap nak pergi ofis atau nak keluar, dia pun sibuk nak pakai bedak, gincu, eyeshadow. Kalau nak pakai eyeshadow tu, siap pandai tutup mata. Time nak pakai gincu lak, lepas je saya pakaikan, terus dia ketap bibir. Baru je ajar beberapa kali, dah ingat.
  • Cepat belajar sesuatu. Bila tengok budak-budak lain buat, nanti kat rumah yang mana dia ingat tu, dia akan buat.
  • Selalu kalau ada saudara mara/kawan-kawan saya datang rumah, time nak balik, Fina pun sibuk nak ikut balik. Bawa dia round naik kereta kejap, pastu dia oklah.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

28 Minggu

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..