Stop pumping
Kalau dulu, saya selalu menghitung dari bulan ke bulan pertambahan usia Fina. Bukannya nak cepat suh Fina membesar, cuma tak sabar nak capai target BF Fina 2 tahun. Mula-mula nak BF 6 bulan, bila dah capai 6 bulan, saya teruskan ke 1 tahun, dan alhamdulillah Fina masih BF hingga kini. Rasa teruja bila Fina beralih bulan. Cuma bila dikenangkan, timbul pula rasa rindu masa Fina baby dulu. Rasa terlalu pantas masa berlalu dan hari ini Fina dah genap 1 tahun 9 bulan.
Jumaat lalu 1/1/10 saya cuba untuk tidak mengepam langsung ketika di ofis. Sejak Fina reject EBM, saya rasa saya nak beri Fina direct lepas balik kerja dan waktu cuti sahaja. Siang nak stop pam susu kat ofis. Lagipun stok frozen EBM yang tinggal boleh dijadikan backup sekiranya Fina menyusu kembali waktu saya kerja. Tak tahulah Fina 100% reject EBM ataupun hanya untuk sementara waktu. Tengok minggu depan pula macamana. Bila dah memang jadi rutin harian saya untuk mengepam susu, saya rasa semacam je bila tak pam. Nasib baik breast tak bengkak sangat dan susu tak meleleh. Mungkin minda dan badan saya sudah mendapat signal yang sesuai terhadap pengeluaran susu yang mencukupi mengikut demand. Harap-harap saya dapat biasakan dengan jadual baru-tidak pam langsung kat ofis. Cuma saya terfikir, bila saya tidak pam langsung ketika di ofis, mesti ada kesannya terhadap pengeluaran susu saya nanti dan masalah utama ialah kemungkinan susu akan kering. Ataupun masalah ini dapat saya elakkan sekiranya Fina BF waktu petang dan malam sebanyak 6-8x sehari, maka dengan cara ini masih ada demand yang mencukupi untuk setiap hari. Bergantung dengan cara ini, saya berharap ia dapat memaintainkan pengeluaran susu buat 3 bulan terakhir sebelum saya berjaya mencapai target saya.

Comments
Post a Comment