Idaman kalbu

Berada di penghujung usia 20an dan diambang usia 30an telah mengubah corak hidup saya. Kalau dulu tiada perasaan teruja sama sekali bila tengok set pinggan mangkuk, periuk dan barang perkakasan rumah, tapi kini sudah 'terjebak' secara langsung. Penyakit peralihan usia yang tidak mampu dihalang. Patutlah arwah mak saya banyak koleksi pinggan mangkuk, periuk, cawan dan pelbagai peralatan dapur yang dibeli secara ansuran. Pelik juga saya bila arwah mak banyak koleksinya. Orang dulu kan suka main kutu pinggan. Nak beli sekaligus, rasa mahal pula. Kiranya memang normal lah keinginan dan kegemaran saya ke arah itu di usia begini.

Agak lama saya idamkan set periuk ini:)

Boleh digunakan memasak atas api;

microwave oven;

boleh diletakkan di peti sejuk;

dan terus dihidangkan di atas meja.

Pendek kata banyak kegunaannya.

dan

saya telah berjaya memiliki periuk idaman saya :)

Seronok sangat dapat set periuk ini. Ada 3 saiz yang berbeza beserta tutupnya. Bila nak rasmikan pun tak tahu.
Lepas ini nak survey set CorningWare yang turut menjadi idaman kalbu.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu