18 October 2010

Chef Fina

Fina kalau time saya masak, dia memang rajin menolong. Tolong 'menyepah' lah. Nak ikatkan kabinet dapur tu dengan tali, nanti susah saya nak ambil barang pula. Saya biarkan aje. Tapi selalunya, bila saya dah siap masak, saya suh Fina kemas balik pinggan mangkuk yang dia ambil.

Beginilah hari-hari bila saya ke dapur memasak :)

Fina buka kabinet ambil barang-barang yang dia suka.

Lepas tu, susun kat tengah-tengah dapur.

Dah cukup peralatan, Fina pun mula memasak.


Ni masa tengah sibuk tumbuk sayur kangkung yang saya beri. Selalunya saya bagi timun atau apa-apa sayur untuk Fina tumbuk guna lesung batu. Tak apalah kalau anak dara rajin ke dapur. Berlatih dari awal kan. Nanti dah besar, boleh tolong mama masak. Untung ada anak perempuan. Tak dapat jadi chef pun tak apa, asalkan boleh diharap.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails