Bulan-bulan terakhir
Menyusukan anak bukanlah satu bebanan, ianya adalah tanggungjawab. Melihat anak membesar dengan susu yang mengalir menjadi darah dagingnya merupakan kepuasan dan keikhlasan saya sebagai seorang ibu. Saya akui, tidak semua orang mampu untuk meneruskan penyusuan apabila mula bekerja. Pelbagai alasan yang diberikan pada yang tidak mencuba, dan juga pelbagai usaha yang dilakukan bagi yang ingin meneruskan niat.
Kalau dulu, ibu bekerja kurang pendedahan mengenai cara meneruskan BF apabila mula bekerja. Tapi kini trend semakin berubah. Makin ramai ibu yang berjaya meneruskan penyusuan penuh selama 6 bulan, setahun, 2 tahun dan ada yang lebih daripada itu. Tiada apa yang mustahil dilakukan oleh ibu, cuma perlu sedikit kesabaran, kecekalan, disiplin dan konsisten dalam menjayakannya.
Saya masih ada 2 bulan setengah untuk mencapai target saya. Perkiraan yang tidak terjangkau oleh saya pada awalnya namun syukur kerana perjalanan BF saya dipermudahkan. Zaman mengepam susu telah saya tinggalkan sepenuhnya. Tiada lagi beg susu (cooler bag) yang saya usung waktu pergi dan balik kerja. Beg pam telah disimpan. Cuma botol-botol susu masih belum dikemaskan lagi. Kalau pada awalnya saya rasa gelisah bila tidak pam mengikut waktu biasa, namun dari hari ke hari saya mula belajar sesuaikan diri. Bagaikan berpisah dengan anak sendiri bila tidak mengepam lagi. Tapi mungkin inilah waktu yang paling sesuai untuk saya mengambil keputusan tersebut.
Fina masih BF sepenuhnya. Tiada pemberian susu formula. Waktu siang saya bekalkan Fina air soya kotak/ribena. Pagi-pagi sebelum Fina sampai rumah kaklong aka pengasuh Fina, saya akan BF Fina dalam kereta. Dan waktu petang, masa ambil Fina, Fina akan BF dulu sebelum kami pulang ke rumah. Itulah rutin hariannya kalau saya bekerja. Walaupun saya telah berhenti mengepam, susu masih mencukupi untuk Fina. Mungkin kerana kekerapan Fina BF waktu malam dan waktu saya cuti. Perjalanan BF diteruskan pada bulan-bulan terakhir ini. Moga sentiasa dipermudahkan oleh-Nya. Doa yang tidak pernah putus dalam hati saya hingga kini.
Saat yang tidak pernah berubah antara kami sejak hari pertama kelahiran Nur Azwa Safrina
very inspiring!mudah-mudahan sy pun berjaya bf aulia' & anak2 sy seterusnya sampai 2 tahun..tahniah az! =)
ReplyDeletep/s: TQ singgah blog sy