21 October 2010

Sebutan

Antara perkataan yang selalu Fina sebut waktu pagi masa dalam kereta :-

Ma..pe tuuh ~ mama apa itu?
Bassh ~ bas
Etee ~ kereta
Otoor ~ motor
Lahh ~ sekolah
Nassh ~ semua jenis stesen minyak
Ynyee ~ air
Ngaii ~ sungai
Nyii ~ lori
Penpen ~ nippon paint - ada dekat papan iklan depan kedai cat kat simpang Taman PS (termasuk dalam senarai juga)

Semua sebutan di hujung perkataan akan disebut sebanyak 3 harakat dan dengan nada menurun. Lembut dan mendayu je intonasinya. Fina sekarang sedang belajar bertutur, bila dia tanya 'pe tuh", saya akan jawab dan dia akan ikut sebutan yang sama dihujungnya. Ada bunyi sama sikit-sikit kira oklah tuh.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails