Sabtu, Ahad dan Isnin

Pecah rekod saya duduk rumah 48 jam cuti Sabtu dan Ahad lepas. Tak keluar rumah langsung, walaupun ke tempat wajib iaitu TESCO. Aktiviti mengemas dapur dan selebihnya melayan kerenah Fina. Hujan berturut-turut 2 hari, perut pun asyik lapar jer. Fina pun sama, bila saya makan, dia pun makan. Mengunyah tak berhenti.

Lagipun abang ada kelas minggu ini. Sampai ke rumah dah jam 3 petang. Kepenatan, jadinya rehat sahaja di rumah.

Hari ini orang gomen dah gaji. Bolehlah membayar apa yang patut dibayar. Saya pagi-pagi dah buka Maybank2U untuk bayar ansuran bulanan kereta dan beberapa transaksi lain. Bulan ini kena renew roadtax dan insuran kereta. Sudah 5 tahun kereta saya, tinggal 2 tahun lagi untuk langsaikannya. Zaman sekarang, kalau tak berhutang, memang tak berharta. Tapi kena pandai berbelanja ikut kemampuan dan amalkan sifat berjimat cermat. Pesanan penaja untuk diri sendiri.


Background desktop saya di ofis. Gambar anak kesayanganlah:)


dan aktiviti untuk hari ini;

Menyiapkan fail-fail Unit untuk dikemaskini semula sebelum pemeriksaan Audit. Banyak juga dokumen yang perlu difailkan semula. Ambil mood sebelum start operasi.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

28 Minggu

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..