04 October 2010

Deco PS

Deco di rumah waktu dulu-dulu masa baru beli sofa di n3 ini.
Dan terdapat sedikit penambahan untuk touch-up rupa ruang tamu rumah saya agar nampak berseri-seri seperti tuan rumahnya.
Penambahan di tepi dinding, saya pergi shopping kat Nilai 3 cari frame ayat ini. Harganya memang berpatutan. Tips nak dapat harga murah, pergi shopping waktu malam, boleh dapat harga kurang kat Bai Pakistan yang jual tuh. (Kak wa, kiter dah bocor rahsia harganya berapa kan!).

Frame ayat Kursi di tengah dan bahagian kanan dan kiri ALLAH & MUHAMMAD. Sebenarnya saya nak cari frame gambar bunga ataupun corak abstrak nak letak kat ruang tamu. Tapi tak jumpa yang berkenan. Yang saya tengok kat Nilai 3 tu, tak memenuhi citarasa saya. Lagipun frame bunga banyak yang tak cantik, gambar pula banyak gambar pemandangan jer yang ada.



Bantal atas sofa, sarungnya saya tempah ikut kain langsir. Macam tak naik seri sangat sebab warnanya gelap. Patut cari warna cerah sikit. Lain kalilah tempah lain. Tunggu raya tahun-tahun depan. Saya dah beli meja kopi jenis kayu untuk letak-letak air jika ada tetamu datang bertandang. Cari yang simple jer dan yang penting jenis kayu ni tahan lama. Fina dah buat tandatangan atas meja tu. Dah dicontengnya dengan pensil. Letak alas meja warna krim.

Serta penambahan alas tv dan frame gambar Fina atas tv. Kalau Eric, mesti dia tak berkenan kalau letak apa-apa barang atas tv. Nak ikut cara Deco Bersama Eric, saya kena tukar tv plasma lah dulu. Terus lekat tv kat dinding je. Alasan tak kukuh untuk tukar tv baru kan abang. Memang confirm proposal ditolak bulat-bulat, hi2. Tv sharp 29 inci ni kenangan masa saya duk rumah sewa zaman bujang dulu. Beli sendiri. Masih elok dan banyak berjasa. Tapi dalam hati, kalau ada rezeki, teringin gak nak beli tv plasma. (Nafsu-nafsu. Memang betul orang perempuan ni banyak nafsunya.)

7 comments:

  1. kemas n nice...blehlah jadik perunding hiasan dalaman...

    ReplyDelete
  2. ERMMM.... nampak kemas?... sejuk mata memandang...
    jom join contest ibu...

    ReplyDelete
  3. zaidah : kalau jadi perunding, mesti customer pgsan tgk hasil nya..ha2...
    arisya: bkn mata je sejuk, hati pun jadi sejuk..boleh bagi link contest? tak blh tgk profile.

    ReplyDelete
  4. boli yo tv lcd... lg bes dr plasma

    ReplyDelete
  5. kakngah : wah, dah mcm tgk wayang kan..

    ReplyDelete
  6. sori enterpren, brp harga ayat kat nilai tu, saya beli kat kotaq bharu rm180

    ReplyDelete
  7. norma: beli x sampai rm100. rasanya rm70. meh dtg nilai.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails