33 minggu



Bayi
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.


Anda
Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.

*********************************

Selasa lepas, saya ke Klinik Desa Rincing untuk pemeriksaan biasa. Rasa macam Hari Ini Dalam Sejarah, sebab tak ramai ibu-ibu yang menunggu. Ada lebih kurang 7 orang sahaja. Saya orang terakhir. Cuma, walaupun tak ramai, habis lebih kurang pukul 4 petang. Seperti biasa. Perkhidmatan yang memerlukan kesabaran tinggi untuk menunggu.

Berat badan saya sudah menjangkau 60kg. Naik 1kg dari 2 minggu lepas. Kiranya tahap normal. Yang lain result ok, cuma HB turun sikit 10.9. Kene pen dakwat merah dalam buku report. Kadar deyutan jantung baby telah meningkat - 144. Mengikut kadar pembesaran yang sepatutnya. Selebihnya, diberi nasihat tentang pemakanan seimbang, persediaan menyambut bayi, tanda-tanda bersalin dan juga penerangan kaedah penggunaan perancang keluarga. Rajin pula nurse tu beri penerangan panjang lebar. Selalunya, sikit-sikit jer.Tengah mood rajin agaknya.

Esoknya pula ke KPMC Kajang untuk buat temujanji dengan Dr. Anita Rina. Insyaallah, kelahiran bayi saya kali ini akan disambut oleh beliau. Dah bincang dengan abang, memang niat kami untuk memilih doktor wanita sejak awal saya disahkan mengandung 2nd baby ini. Perancangan awal memilih tempat bersalin yang sesuai setelah memikirkan beberapa faktor yang kami ambil berat. Akhirnya kami mengambil keputusan bersama untuk ke KPMC Kajang.

Hasil imbasan Dr Anita, 2nd baby kali ini berkemungkinan :

^
^
^
^
^
^
^
^^
''
'
'



Boleh jadi kawan akak Fina nanti ;)  Doa kami agar bayi ini dilahirkan sempurna cukup sifat dan itu sudah memberi erti terhadap kami suami isteri. Jantina itu kehendak dan kejadian Allah. Saya dan abang terima seadanya.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu