02 November 2011

Suka

Bulan-bulan terakhir menantikan kelahiran 2nd baby ni, saya sangat suka makan ini :-

 Apam balik ~ kalau dapat makan panas-panas lagi sedap. 
Kalau nak tukar perisa, tambah coklat rice. Makan 3 keping terus kenyang.
Nak yang saiz biasa dan tebal, tak nak yang nipis tu. Tak suka sangat makan yang nipis tuh.
Tak puas.


 Aiskrim Magnum~ classic. Yang almond punye, kurang diterima tekak. Kalau tak dapat aiskrim magnum pun, dapat apa-apa jenis aiskrim batang vanila+coklat, memang sedap membelai anak tekak.

Seterusnya, aiskrim juga - McD aiskrim. Vanilla + choco top. Lagi sedap daripada sundae yang dalam bekas tuh.


Semua benda manis kan, tak sama macam pengalaman mengandungkan Fina dahulu. Suka sangat western food, chicken chop, pizza, kfc, spageti.
Minggu ini rasa keletihan bila balik kerja. Rasa nak baring sahaja di tilam tidur. Tapi dah sampai rumah, tengok rumah, tengok dapur, ada sahaja kerja rumah yang perlu diselesaikan. Kalau tak, sakit pula mata memandang.Nasib baik ada suami yang membantu meringankan bebanan...Alhamdulillah.

2 comments:

  1. uihhh kuat juga selera makannya....mesti dpt anak yang manis2 nanti..sbb skrg ibunya suka makan yg sweet2 heheee.

    ReplyDelete
  2. mak aii..mcm2 ko ngidam kan..ank laki tu..hahaa-miza-

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails