18 November 2011

School Holiday

Walaupun saya seorang SETIAUSAHA PEJABAT gomen, dan bukannya CIKGU SEKOLAH, tapi saya sangat suka bila menjelang musim cuti sekolah.

Alasannya
^
^
^

Jalan raya pergi dan balik SEMENYIH-PUTRAJAYA-PUTRAJAYA-SEMENYIH sangat lancar waktu pagi dan petang jika dibandingkan waktu sekolah. Hari ini hari terakhir menikmati kesesakan lalulintas, Isnin nanti dah kurang kereta kerana ibu bapa tidak perlu keluar awal pagi untuk menghantar anak ke sekolah. Damai sikit dihati sebulan lebih yang akan datang, kalau tidak, 1 jam baru sampai rumah setiap hari. LETIH :(  Dah 2-3 kali tertidur dalam kereta, masih tak sampai di rumah lagi. Tapi nak buat macamana, tahan jelah. Cuma bila dah sampai rumah sendiri, dekat atau jauh, hilang sikit penat. Sebabnya, dapat tinggal dan berehat di rumah sendiri;)

Selamat bercuti untuk para pelajar & cikgu sekolah. Selamat mengisi masa lapang dengan bergembira di samping keluarga tercinta. MELANCONG ~ keinginan saya yang belum dapat direalisasikan. Mungkin suatu hari nanti, setelah anak-anak membesar dan diberi masa yang sesuai.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails