32 minggu


Bayi
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.

Anda
Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.
********************************************

2nd baby sekarang memang aktif bergerak dalam perut mama. Lebih-lebih lagi bila saya berehat sampai berbaring, dan waktu rasa lapar. Memang menendang jer. Kadang-kadang 'mengeras'. Tak tahulah bersilat dalam perut sambil mengeliat agaknya. Perut pun dah semakin membesar. Baju banyak yang dah tak muat. Tidur pun sakit badan sana sini. Belum kena kejang kaki. Mau meleleh air mata menahan sakit. Nikmat semua itu, nikmat untuk ibu mengandung. Ingat senang nak melahirkan mujahid kecil ke dunia. Ibu memang seorang yang kuat. Alhamdulillah, diberikan rezeki dan nikmat memiliki cahaya mata. Nikmat yang perlu disyukuri dan tentunya tanpa rasa keluhan. Bersabarlah:)

Saya masih bekerja, panduan di atas tidak kene mengena dengan saya. Masih awal untuk memulakan cuti panjang. Plan nak cuti selepas 25 Disember. Dekat-dekat tarikh due 27 Disember. Berehat-rehat di rumah. Harap-harap mudah bersalin kali ini. Sakit tetap ada, cuma pengalaman itu yang harap dipermudahkan oleh-Nya. 

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu