Minggu ke 35


Bayi
Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.
Anda
Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.

*****************************************
Telah memasuki minggu-minggu akhir sebelum due. Lebih kurang 5 minggu sahaja yang tinggal. Berat badan semakin bertambah. Daripada 49 kg semasa  mengandung 12 minggu, sekarang telah menjangkau 62 kg.  Naik 13 kg. Berat sangat ke perut ni? Kadang-kadang bila mengandung pelik bila berat bertambah berganda-ganda. Tak tahu apa yang berat. Minta-minta lepas bersalin nanti, boleh slim semula. Dah tentunya dengan cara semulajadi ~ beri susu ibu kepada bayi. Biar baby sedut lemak-lemak yang tak sepatutnya kat badan mama.
Persediaan untuk bayi telah saya lakukan sedikit. Insyaallah, minggu ini nak cukupkan keperluan yang belum dibeli. Rasanya tak banyak lagi. Baju-baju baru, kain lampin, barut dan selimut telah dicuci minggu lepas. Cuma baju-baju Fina ada lagi sebakul untuk dicuci minggu ini. Harapkan cuaca panas hingga tengahari sempat untuk mengeringkan baju-baju yang disidai. Sekarang kan musim hujan.

Saya masih sihat, cuma sakit-sakit badan bila berbaring dan waktu hendak tidur. Masih mengikut mood rajin dan malas yang on dan off bila di rumah. Kalau rajin, buat kerja rumah, kalau rasa letih, duduk berehat. Tapi sebenarnya kerja rumah memang dah rutin harian. Penat macamana sekali pun, digagahi juga untuk menyelesaikan apa yang patut.

Serta melayan kerenah Fina yang semakin hari semakin petah berbicara serta banyak ragamnya. Manja sangat sejak nak dapat adik. Marah sikit, terus merajuk. Tapi tidur malam, memang seronok sekarang. Lena sampai ke pagi. Kalau masa kecil dahulu, mana mamanya nak tidur lena. 3-4x bangun menyusu. Sekarang, masa untuk berehat. Tidur nyenyak sebelum dapat baby baru. Bila dah dapat baby baru, start semula rutin lama terutamanya mengumpul stok susu waktu malam..


Moga saya dipermudahkan urusan ketika bersalin nanti. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu