21 November 2011

Agar-agar Rose Bersantan

Cuti hujung minggu lalu, berhajat nak buat puding roti. Tapi tengok bahan, tak cukup pula. Stok butter dah habis. Lagipun memang tak beli stok baru untuk bahan2 kek bulan ini, dah berehat ambil order.

Tengok resepi dalam majalah RASA, ada resepi agar-agar ini.
Bahan semua cukup.

Ini resepinya:)

1 liter air
15 g agar-agar
130 g gula kastor
130 ml santan pekat
1 sudu makan sirap rose
1 biji putih telur

Cara-caranya:
Masak agar-agar dengan air hingga larut.
Masukkan gula, santan dan sirap rose.
Kacau seketika.
Telur putih dipukul hingga kembang dalam bekas lain.
Masukkan 1/3 adunan agar-agar yang sedang dimasak.
Campurkan dengan putih telur, kacau hingga rata.
Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam periuk berisi agar-agar yang telah dipadamkan apinya.
Kacau lagi dan sejukkan di dalam peti.


Agar-agar yang baru siap dimasak.1 adunan, dapat 1 bekas ini.


Dan ini hasilnya, setelah disejukkan di dalam peti ais.
Sedia untuk dihidangkan.
Senang dan tidak mengambil masa yang lama.
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails