Raya AidilAdha

Telah 5 hari berakhir Hari Raya AidilAdha. Baru nak update n3. Komputer rosak. Tak tahulah kenapa. Naik dari cuti, tak boleh on, mati terus. Dapat komputer baru, tak sampai setahun dah rosak pula. Nak tunggu technician IT repair, entah berapa lama.

Kami sekeluarga beraya di kampung saya memandangkan ayah dan mak mertua mengerjakan Haji tahun ini. Sepatutnya turn raya di Terengganu. Balik pagi Sabtu, singgah sekejap di pasar tani Beranang. Tengahari sampai ke kampung. Maksu Fina ikut sekali. Dia tinggal di rumah saya sebulan lebih. Kerja sementara di KFC Tesco Semenyih. Lepas dapat sambung belajar, terus resign. Kiranya, balik raya ni, balik teruslah. Tunggu bulan 12 sambung belajar semula.

Pagi raya, ayah, umi dan abang ke masjid untuk solat sunat AidilAdha. Balik dari masjid makan juadah raya ~ nasi impit, rendang puyuh dan kuah kacang. Semuanya masakan umi. Saya tolong apa yang patut sahaja. Kali ini makanan disediakan secara sederhana memandangkan along & kakngah sekeluarga tidak beraya di kampung.

Lepas itu, ayah ke masjid untuk menyertai ibadat Qurban yang diadakan di masjid. Ayah cakap tahun ni 13 ekor lembu dikorbankan. Tengaharinya pula kami pulang ke Selandar untuk menghadiri jemputan kenduri rumah maklang ~ akak ayah.

Bergambar dulu sebelum balik kampung. Pagi raya tak sempat ambil.



Selepas kenduri di rumah maklang, terus ke rumah nenek. Kebetulan ada kenduri di rumah nekngah ~ adik nenek. Makan lagi. Seronok dapat berjumpa saudara mara ~ mektam, kaklong AG, makngah Senah, kakcik noi, makteh, nek busu, nek milah, sepupu-sepupu dan anak-anak buah. Petangnya baru balik ke rumah semula dan berehat. Tamat cerita raya haji tahun ini.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu