04 November 2011

Manis

Cuaca hujan berterusan 1-2 minggu ini. Dengan perjalanan balik ke rumah jalan sesak teruk. Rasanya bagai agak bosan duduk dalam kereta lebih kurang 50 minit baru sampai ke rumah. Nak pergi kerja, ok lagi. 30 minit boleh sampai ke ofis kalau tiada apa-apa halangan. Saya rasa lalulintas Semenyih makin sibuk dan banyak dengan kenderaan. Bagai berganda jumlahnya daripada awal-awal saya menetap di Pelangi Semenyih dahulu. Tapi, nak buat macamana. Tiada laluan alternatif yang sesuai untuk dijadikan jalan singkat sampai ke rumah. Nak tak nak kene tempuh jugalah walaupun sesak setiap hari. Cuma bila cuti sekolah nanti, mungkin jalan akan lengang sedikit. Bolehlah menempuh jalanraya dengan aman sebulan lebih hingga tarikh due bersalin hujung bulan depan. Kurang sikit stress mama ni ;(

Semalam, sampai ke rumah terus ke dapur. Masak stok yang ada. Lagipun nak balik kampung Raya Haji. Jadi tak banyaklah stok makanan yang tinggal dalam peti. Masak nasi, sambal sardin+kentang, telur dadar, ikan masin, ulam timun. Burrp, kekenyangan dengan juadah makan malam. Pukul 7.45 malam dah makan nasi. Lapar sangat, petang cari apam balik kat depan taman, tak ada jual. Tu yang makan bertambah-tambah.

Tiba-tiba, pukul 9 terasa nak makan cheese cake. Nak Secret Recipe punya. Teringat kat kedai-kedai depan taman ni ada kedai SR. Bagitau abang, dia suh siap, lagipun nak isi minyak kereta sekali.
Bungkus sepotong Cheese Choc Cake


Pic from SR.

Makan dalam kereta, habis sepotong. Rasa cheese yang lembut dan ada lapisan biskut di bahagian bawah dan atasnya lapisan coklat. Sedap sangat rasa bila sampai ke tekak:)

Tengok-tengok kek dalam SR tu, beli juga yang ini.


Chocolate Chip Walnut cake.

Tapi tak larat dah nak makan sebab dah kenyang. Nanti tak boleh tidur malam pula. Jadi masuk freez, harini boleh makan kat ofis.
Memang diakui saya suka makan yang 'manis-manis' mengandung 2nd baby ni. Harapnya baby yang keluar nanti pun akan 'manis' orang nya. Jangan dapat kencing manis sudah ler...


Salam penuh kemanisan daripada saya sekeluarga sempena Hari Raya Aidil Adha Ahad ini.
Buat along dan kakngah tersayang, selamat beraya di perantauan. Kalau-kalau ada kiriman daripada kampung, akan disampaikan ke rumah. Dah request rendang puyuh kat umi dah..Makan pagi rayo:) Ayah belanja sebab jual tenggiling kat batu 10.hi2..Nasib baik ayah jual, kalau ayah simpan dulu suh umi buat rendang, jadi makanan eksotik pula di pagi raya nanti. 

3 comments:

  1. aku terbayang je dulu ayah & daklong kejar tenggiling melintas depan rumah...
    ko ingat lg tak???

    ReplyDelete
  2. kaklong: takdo lah org nak buat teh tarik di pagi rayo..huhu...

    kakngah : a'ah, pastu tenggiling tu terlepas. terbelah batu blok yg ltk atas tong biru tu. bkn arwah mak nk msk utk polisco dpn rumah tu ke..hi2..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails