8 bulan

Lebih kurang 5 minggu lagi menghampiri tarikh due bersalin ~ memasuki 8 bulan. Persiapan masih belum dilakukan. Mungkin start minggu ini nak beli barang keperluan baby. Nak kemas dan cuci baju-baju masa Fina baby, pilih yang masih elok untuk digunakan semula. Set tilam masih boleh digunakan, begitu juga stroller, dan rasanya tidak banyak barang keperluan yang perlu ditambah. Cuma tambahan beberapa pasang baju baru, sarung tangan, sarung kaki, barut dan barang penjagaan diri dan mandian. Selebihnya, boleh beli selepas habis pantang. Lagipun baby cepat membesar. Baju-baju pun sekejap jer dah kena tukar saiz.

Untuk mama nya pula, tengah mencari bidan untuk mengurut. Hospital untuk bersalin, telah diuruskan. Nak shopping stok makanan dalam pantang sebelum due. Nak penuhkan kabinet dapur biar senang urusan mengenyangkan perut nanti. Taulah dalam pantang, lapar sahaja, tapi tak semua makanan boleh dimakan. Nama pun pantang, so paling penting ialah menjaga pantang makan. Kena beli yang berkhasiat. Part tu, shopping kat tesco depan rumah sahaja.

Set selepas bersalin, saya akan gunakan Set Salindah sekarang. Memang set tersebut dari awal mengandung sehingga selepas bersalin. Boleh guna sehingga habis tempoh berpantang. Dah tak payah beli set lain. Cuma nak cari mandian herba, pilis, biji manjakani dan juga pati halia untuk digunakan selepas bersalin nanti. Bengkung pula, dah ada 1 bengkung sendayu tinggi masa bersalinkan Fina, jenis bertali. Rasanya nak beli lagi satu yang jenis lekat sahaja. Boleh tukar-tukar guna. Tungku, dah cari batu sungai. Daun mengkudu dah ada belakang rumah yang ditanam subur oleh baba Fina. Cuma petik daunnya untuk balut tungku nanti. Nak beli tungku moden, banyak yang dah guna kata cepat rosak.

Bersalin kali kedua ini, saya nak berpantang di rumah sendiri. Ada baba Fina tolong jaga kan saya 2 minggu awal bersalin. Selebihnya, dah sihat sikit, boleh buat kerja-kerja ringan sendiri. Lagipun Fina kena hantar ke Taska. Kat Taska, walaupun cuti sebulan, tetap kena bayar sebab bayaran perbelanjaan yang ditanggung mengikut jumlah kanak-kanak yang didaftarkan. Insyaallah, bila dah habis pantang, boleh bercuti kat kampung pula. Cuma harapan tinggi agar permohonan cuti selama 3 bulan diluluskan. Kat ofis ini, tak semua permohonan cuti boleh lulus, kena persetujuan dan kelulusan orang atasan bergantung pada Bahagian tersebut cukup orang ke tak. Dah lah musim ibu mengandung kat Bahagian ini, nasib baik saya orang kedua, atleast pun masih sempat mengharapkan permohonan lulus memandangkan belum ramai yang ambil cuti bersalin.

Selebihnya, saya berdoa setiap hari moga kelahiran 2nd baby ini dipermudahkan urusannya. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu