3rd baby ~ 38 Minggu

Alhamdulillah, 3rd baby dah memasuki ke 38 minggu. Lebih kurang 3 minggu lagi menghampiri tarikh due. Sekarang ni pun kalau diikutkan, saya boleh bersalin bila-bila masa. Pasang mood standby sebarang kemungkinan. Mudahan 3rd baby keluar time mama nya sedang berehat2 di rumah. Manalah tau, kalau tiba-tiba nak keluar time kerja, mau haru juga nak adjust macamana. Beg mama & barang baby dah ada dalam kereta. Cuma beg untuk isi makanan untuk dibawa ke hospital - kurma, biskut, 3in1, air kosong, itu belum sediakan lagi.

Checkup di Klinik Rinching bulan ini start seminggu sekali. KPMC pula, last checkup insyaallah pada 22 Mac 2014 ini. Setakat ini 3rd baby baik-baik sahaja dalam perut mama. Cuma mama rasa letih bila buat kerja banyak, biasalah tu, dah minggu-minggu akhir. Jalan banyak pun hongeh. Start 31 Mac 2014 ini saya nak cuti terus, tak larat dah nak kerja, lebih-lebih lagi kena harung jem pagi-pagi. Balik clear pula sekarang, jalan ke Semenyih memang agak pelik tahap jem nya. Dah banyak taman baru. Keluar awal jam 6.40 pagi pun, boleh lepas dari pekan Semenyih jam 7 pagi. 20  minit tersumbat..Sib baik anak dara kat belakang tu tidur aje. Fiqah pula tak ada masalah hantar pagi-pagi ke taska, dia dah tau timing dia & alhamdulillah, dalam 2 tahun ini, tak pernah pun Fiqah menangis bila saya hantar ke taska.

Last scan di KPMC dengan Dr Anita, kaki 3rd baby di mukanya. Punya cantik possing, dulu-dulu dia possing tak bagi nampak tut dia..Kali ini possing kaki parking kat muka. hi2..Dan naluri saya selama ini adalah benar, bakal adik F&F sama leh tolong mama dia masuk dapur. Kesian baba, tak ada geng nak berkebun lagi..


3rd baby ;)



Wahai mujahid kecil mama & baba, moga hadir mu ke dunia, menambah rasa syukurnya kami atas amanah ini. Menambah rasa kasih sayang antara kita sekeluarga, menambah seri dalam kehidupan ini, menanamkan rasa tanggungjawab mama & baba dalam menjalankan amanah semasa membesarkan mu dan akak-akak mu. Mudahan kamu menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat. Kamu adalah pinjaman daripada-Nya, dan rezeki Allah pada kami.  Syukur Alhamdulillah.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu