Hisap botol


Ini minggu lepas, beria-ia Fina menghisap susu daripada botol.

Dah letih cubaan membeli susu formula, saya beli pula soya.

Susu soya kotak sahaja yang diterimanya.

Susu tepung, memang dia taknak.



Itu perkembangan minggu lepas, lepas jer minum 3-4 hari dari botol susu, Fina jatuh demam pula. 3 hari Fina demam panas. Merengek semula minta nem (bf).


Mama yang sangat kasihan, beri fina nem. Tak sampai hati bila dengar dia merayu. Fina masih menyusu, tapi tidaklah sekuat dahulu. Cuma waktu malam 1-2x dan waktu siang, saya banyak beri Fina makan & minum apa yang dia suka, jadi dia tidak bf waktu tersebut. Dan bila dipujuk, dia tidak akan menyusu jika saya tidak beri. Cuma belum berhenti 100%. Insyaallah, akan tiba masanya.

5 tips menyusu ketika hamil
dari Puan Sue @ diyaluna.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..