07 June 2013

Report Card

Alahai, berbulan n3 tertangguh. Berikutan Fina yang telah bersekolah di Taska Nasyrah tahun ini, Fina dah duduki EXAM dia yang pertama. Mama nak kongsikan result exam Fina yang pertama biar bila Fina besar, Fina akan tahu kenangan exam di usia seawal 4 tahun!

Keputusan yang sederhana, tetapi cukup bermakna buat mama. Baba cakap, untuk usia Fina tak apa dia dapat result macamana pun. Kita masa kecil dulu pun sekolah masa usia 6 tahun. Ada tu yang terus masuk darjah 1. Tak masuk tadika pun. Yang penting pendedahan dia dengan ilmu, dengan kawan-kawan dan persekitaran yang boleh mengembangkan daya pemikiran kanak-kanak.




Dapat nombor 10 dari 16 orang dalam kelas. Bahasa Malaysia yang paling rendah. Jawi paling tinggi. Fina suka sangat mewarna. Kat rumah dia rajin mewarna. Hafalan doa-doa yang teacher ajar, alhamdulillah, Fina boleh baca. Lagu lagilah cepat hafal. So mama belanja naik motor free depan Giant sebab Fina dah habis exam! 

 
Fiqah pun sibuk nak juga, oklah mama belanja naik kereta ya!
 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails