Baking Projek

Antara hasil tangan saya sekitar bulan lepas. Tak sempat nak update projek. Ini menu untuk jamuan makan-makan sempena Majlis perpisahan seorang member ofis tempoh hari.
Percubaan pertama menyediakan peach cheese cake. Agak remeh tapi hasilnya tidak menghampakan. Apa yang saya suka cheese cake ini kita tak perlu bakar atas kukus. Cuma langkah agak banyak daripada buat kek biasa. Tapi seronok mencuba, lebih-lebih lagi bila kita buat apa yang kita minat nak buat. Tentulah memberikan kegembiraan dan kepuasan bila lihat hasilnya.
Saya share resepi yang saya dapat daripada blog Kwan.


Chilled Peach Cheese Cakes
Sumber: Resepicitarasawan

Bahan Base
250gm digestive biskut - akak guna biskut oreo
100gm mentega cair

Adunan Krim Keju
250gm krim keju
90gm gula kastor
1 tin buah peach (asingkan sirap dan buahnya) 120gm peach di potong dadu
100ml sirap peach
1 1/2 sudu besar gelatin halal (brand Nur)
50ml air
1 sudu besar jus lemon
200ml anchor whip cream

Cara-cara :

1. Base : Kisar biskut hingga halus, masukkan mentega cair, gaul rata kemudian tekan padat ke dasar loyang. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.

2. Masukkan air ke dalam bekas, taburkan gelatin biarkan selama 2 minit hingga gelatin kembang. Kemudian panaskan gelatin secara double boil hingga gelatin larut. Angkat dan masukkan sirap buah peach, kacau rata. Ketepikan.

3. Pukul whip cream hingga kental, masukkan jus lemon. Ketepikan.

4. Pukul krim cheese dan gula hingga rata. Masukkan gelatin, putar hingga rata dan tidak berketul. Masukkan whip cream, kaup balikkan hingga sebati.

5. Atur buah peach yang di dadu ke atas base, kemudian tuangkan krim cheese, ratakan. Sebagai hiasan atur hirisan buah peach di atasnya. Simpan selama 4 jam atau semalaman di dalam peti sejuk.



Juga kek pelangi yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Kek pujaan hati saya ketika saya kecil. Kek yang arwah mak suka buat untuk kami adik beradik. Cuma kalau warna tu arwah mak suka pakai warna hijau+merah+warna asal. Ataupun letak serbuk koko + warna asal. Kalau bakar semerbak naik baunya. Makan masa panas-panas. Oh ye, bulan lepas 18 Mei 2013 telah hampir 20 tahun mak meninggalkan dunia ini. Namun kenangan ketika waktu kecil itu masih terpahat di dalam hati ini. Alfatihah untuk arwah mak ;(

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..