Fittriah Demam


Sepanjang melihat Fittriah membesar, rasanya ini kali pertama Fittriah diserang demam teruk. Demam on off, sekejap baik, sekejap demam semula. Diikutkan dah 5 klinik kami pergi untuk merawat demam Fittriah. Dari awal bulan Feb Fittriah selalu demam. Selalunya tengah malam dalam jam 2 pagi badannya akan panas sangat. Tapi Fittriah nak makan dan menyusu. Malamnya dia tak lah menangis, boleh tidur seperti biasa cuma suhu badannya akan jadi panas dan kadangkala badannya menggigil kesejukan.

Malam semalam kami ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr Saiful di Kajang. Doktor cakap kalau demam berterusan selama 5 hari berturut-turut barulah boleh ambil darah untuk diperiksa. Memandangkan Fittri demam on off, jadi doktor berikan dulu buat antibiotik agar antibody badannya lebih kuat untuk melawan penyakit. Check paru-paru dan nafas dia, alhamdulillah semua ok. Kalau batuk berterusan pun Doktor minta refer semula. Jadinya semalam Doktor beri ubat antibiotik dan ubat batuk/selsema. Dan menjadi masalah utama, Fittriah susah nak makan ubat. Kadang-kadang muntah pula bila dah makan ubat. Rasanya sebab itulah dia susah nak sembuh sepenuhnya. Ubat tak dapat masuk sepenuhnya dalam badan dia.

Hati mana yang tak risau bila anak sakit. Lebih-lebih lagi nak tinggalkan dia kat taska. Manalah sama dengan mama dan babanya jaga dan pantau dia kat rumah. Awal bulan ini saya ambil cuti kecemasan jaga Fittriah, dan semalam babanya pula ambil cuti. Malam tadi Fittriah masih demam. Diikutkan last dia start demam hari Ahad lepas semasa di kampung Terengganu. Hari ini hari keempat. Mudahan Fittriah cepat sembuh sepenuhnya. Kadangkala bila anak sakit, naluri keibuan akan terfikir perkara yang bukan-bukan. Ibarat melepaskan satu batu yang berat bila pagi-pagi tengok Fittriah yang sedih nak dihantar ke taska. Jika Fittriah menangis lagi bertambahlah sayu di hati saya. Bertabahlah hati, moga dugaan ini cepat berlalu pergi. Nikmat yang perlu dihargai, sihat sebelum sakit....

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu