Perlaburan AHB
Menonton rancangan 'Nasi Lemak Kopi O' pada Sabtu lepas, membuatkan saya tertarik dengan topik yang dibincangkan iaitu mengenai - Pelaburan Amanah Hartanah Berhad (AHB). Pada pandangan saya ia merupakan salah satu alternatif terbaik selain daripada membuat simpanan tetap dan pelaburan seperti ASB. Cara mudah untuk menabung demi masa depan. Cuma tiada diberi buku simpanan ataupun sijil seperti pelaburan-pelaburan yang lain. Pelaburan akan dibuktikan melalui "Borang Pendaftaran" yang disahkan dan data peribadi akan disimpan melalui 'Maybank Automatik Retails System'. Tapi jangan risau, penyata pelaburan akan diberi dalam setiap 6 bulan dan sekiranya kita mahukan penyata, hanya gunakan kad pengenalan dan minta pihak Maybank untuk cetakkan.
Secara ringkasnya perkara-perkara ini yang perlu diketahui sekiranya kita minat melabur:
- Pelaburan permulaan minumum adalah sebanyak RM500 dengan harga tetap RM1 per unit.
- Pelaburan maksimum sebanyak RM200,000.
- Pelaburan minimun untuk tambahan sebanyak RM100.
- Terbuka kepada rakyat Bumiputera Malaysia seawal usia 3 bulan ke atas (nama penjaga) dan berusia 18 tahun ke atas bagi Akaun Dewasa.
- Pengagihan pendapatan sekiranya ada, akan dibuat 2x setahun (6bulan sekali)
- Cara untuk melabur - melalui cawangan-cawangan Maybank di seluruh negara. Guna kad pengenalan dan perlu isi borang permohonan.
Untuk maklumat yang lebih jelas, sila ke website PHB atau hubungi kaunter-kaunter Maybank yang berhampiran. Melabur untuk masa depan, adalah satu tindakan yang bijak dan amat menguntungkan. Sikit-sikit dahulu,mudahan lama-lama menjadi bukit.
Comments
Post a Comment