04 December 2010

Tiba masanya

Masalah yang datang tepat pada waktunya.
Macam tau-tau je duit untuk Bajet 2011 dah masuk 1 haribulan.
Setelah 5 tahun kereta saya berkhidmat,
ini kali pertama saya menghadapi kerosakan kereta di TENGAH jalan raya!
Tergendala projek join rombongan cik wawa ke MAHA pagi semalam.

Saya dan Fina keluar dari rumah jam 8 pagi. Abang dah pergi kerja naik motor.
Sampai je kat simpang trafic light tengah-tengah pekan Semenyih, berhenti lampu merah. Bila lampu bertukar ke hijau, masuk gear 1, tak boleh masuk. Try mati enjin, masuk gear lain, tak boleh juga. Banyak kali juga mencuba. Dengan muka yang cemas dan berpeluh-peluh, cuba dan cuba lagi. Nasib baik Fina tak buat hal masa itu. Tak ada cara lain, call 'penyelamat tetap', abang yang baru sampai ofis akan datang selamatkan saya.

Lampu hijau telah 4 kali bertukar warna. Saya masih di tengah-tengah jalan. Masih berusaha keras untuk menggerakkan kereta. Sekurang-kurangnya boleh ke tepi dan tidak menghalang jalan. Percubaan berjaya, masuk gear 1, terus jalan. Tak berani masuk gear 2, saya gerak perlahan-lahan ke tepi jalan dan parking depan kedai.
Fuh, lega acik! Berjaya juga untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di pekan Semenyih tu[hanim, ingat tak peristiwa bersejarah kereta tiara akak kat jambatan putrajaya??hi2]. Tunggu abang datang untuk menyelesaikan masalah kereta dan saya pergi makan nasi lemak dengan Fina di warung berhampiran. Rasa lapar pula.

Saya ini, bab kereta memang tak pandai. Hanya tahu isi minyak, isi angin tayar dan bawa.
Selebihnya, tak tahu langsung.

Kereta saya dibaiki terus di Bengkel kereta semalam.

dan punca utama masalahnya ialah

benda ini
^
^
^
^
^
Clutch rosak. Kena ganti baru.
Campur dengan servis kira hanguslah duit pemberian gomen itu.
Lepas dibaiki, masa abang test drive kereta, baru tau rupa-rupanya foreman tu sekampung dengan saya. Kecilnya dunia. Sampai kat Semenyih pun jumpo orang kampung.

9 comments:

  1. keto kau mano ponah meragam sojak boli....
    ni tibo la maso eh dio nak tuka yang baru...

    boli MPV toyota tu yo...menjalar sikit...kombang idung ayah..heheheh!

    ReplyDelete
  2. kaklong : anak maniam pkt 1. ayh eh bolo kambing&lembu. dah sekampung, mintak discount x dapek gak..hi2..

    ape..MPV..tunggu yo lah hbis hutang dulu..

    ReplyDelete
  3. muahahahahahahahahaaaaaaa........."keto berasap, keto berasap!..kuar! kuar!.....sambung golak..muahhahahahahahaaaaaa........

    ReplyDelete
  4. k.az, ingat lg x k.az reverse kete tiara sampai langgar jip yg ado tayar kek belakang eh...sampai ado kosan tayar kek buntut keto tiara k.az...adooiiiii..lawak..lawak.....skrg baru terpikir..napo la den naik keto tiara k.az tu..takut gak tgok gayo k.az bawak keto..

    ReplyDelete
  5. cian akk aku hahhaa
    seb bek fina memahami
    lau x hemmm abis la mgmok

    ReplyDelete
  6. hanim: memang tak boleh lupo..nasib baik tak terbakar keto tiara tu kat jambatan. Kot terbakar dulu, akak tolak jo masuk tasik putrajaya..ha2..bab langgar pajero tu, bkn salah an eh, sapo suh pajero tu parking situ. pastu tu ada 1 lagi kes, keta tiara tu jadi tersangkut enjin mcam naik bot..ha2..lawak2..

    ReplyDelete
  7. yana : tau tak pe! berpeluh I tau!

    ReplyDelete
  8. an tau kalau tando merah nyalo tu makno eh air koring..kalau tebakar an pun samo tolak keto tu masuk tasik, nasib baik ado sorang laki prihatin dtg selamat, sapo laki tu ha k.az? baik dio kan? hahaaa..dah salah pajero tu lak! k.az la reverse laju bona! dah la time reverse x tgok cormin blakang!mcm terror yor...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails