Modal yang berbaloi

Ice Pack MLO ini baru saya cairkan untuk disimpan. Sebelum ini saya tumpang letak di peti ais ofis. Semua peralatan pam masih di ofis lagi. Botol-botol susu sahaja yang ada di rumah. Itupun masih belum disimpan. Tak rajin lagi nak mengemas. Setakat ini, set pam saya berada dalam keadaan baik walaupun saya tidak pernah langsung hantar servis.

Cuma ice pack ini satu dah bocor di hujungnya. Memang dah tamat tempoh perkhidmatan dan terpaksa dibuang.

Kalau diikutkan modal yang digunakan untuk membeli set pam Spectra 3 pada waktu itu (April 2009) ialah sebanyak RM500 ++. Tidak termasuk penambahan barangan lain yang harganya amat berpatutan seperti YHAB liner dan botol susu MLO.
Keuntungan yang diperolehi :
  • Jimatkan masa untuk mengepam - double pumping 15-20 minit 1 sesi.
  • Keselesaan dan tidak berasa sakit ketika mengepam.
  • Memudahkan urusan pengendalian susu ibu- dari segi buat stok EBM, penyimpanan ketika bekerja.
  • Penjimatan wang untuk kos membeli susu formula.

Jika dibandingkan dengan harganya, memang sangat berbaloi melaburkan duit untuk membeli pam kalau dibandingkan keuntungan yang telah saya perolehi selama tempoh 1 tahun 7 bulan saya menggunakan pam tersebut. Teringin juga membeli pam Medela FS, tapi tak berjaya memenuhi niat kerana bila fikir-fikir balik, kenapa nak membazir duit jika pam Specta 3 itu masih berkeadaan baik dan boleh digunakan. Tapi kalau ada rezeki anak no.2, berhajat juga untuk memiliki pam idaman kalbu. Cari geng main kutu pam la. Nak bayar semua RM1k ++ terasa pula. Nafsu ooo nafsu..

Dan saya tidak pernah sekali pun, membeli susu formula sehinggalah saya mengambil keputusan untuk membeli susu formula yang berharga RM15++ ini untuk Fina cuba.

Kali pertama membeli susu formula, agak memeningkan kepala. Memang banyak pilihan dan menarik packingnya seperti yang terdapat dalam iklan-iklan susu di televisyen. Harganya pula, dari yang belasan ringgit hinggalah menjangkau puluhan ringgit. Pendek kata, memang mahal harga susu formula, lebih-lebih lagi yang 'branded'.

Hakikatnya, misi untuk memberikan Fina susu formula masih GAGAL sehingga hari ini. Fina tidak mahu langsung cuba minum susu formula yang saya tinggalkan. Fina tunggu saya balik kerja untuk direct BF sahaja. Rasanya penyebab utama ialah Fina sudah tidak mahu hisap botol sejak dah tumbuh gigi.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

Report Card

28 Minggu