Raya lagi

Tak habis lagi cerita raya. Saya baru baik dari demam. Dapat mc 2 hari. Rasa pening, tekak tawar, tak ada selera makan dan sakit-sakit badan. Dah tak tahan sangat, pergi ke Klinik. Berehat 2 hari di rumah. Hari ini baru start kerja semula. Bekerja di hari Jumaat. Memang seronok, sebab esok dah cuti hujung minggu.
Raya pertama, Fina saya masih demam. Tak banyak gambar kami sekeluarga. Bila Fina tidur, saya tangkap gambar dengan mak mertua, Fida dan Haziq. Possing depan rumah. Raya pertama, cuaca tak panas sangat. Mendung je hari tu. Mak sebelum Subuh dah bangun masak nasi dagang. Juadah hari raya pertama di Terengganu ~ Nasi Dagang, Gulai Ikan Aya, Acar timun, Ketupat palas dan Tapai. Balik kali ini memang saya tak dapat menolong di dapur pun. Fina asyik nak berkepit je dengan saya. Kalau tak, berhajat juga nak buat rendang ayam untuk raya. Tapi tak kesampaian hajat saya. Lain kali lah.

Raya kedua pula, kami ke Pasir Putih. Konvoi 4 kereta. Ada kenduri rumah mak saudara belah ayah mertua. Selepas makan tengahari, kami ke kubur untuk melawat pusara atuk dan nenek. Fina, bila dah tengahari, ditambah dengan cuaca panas terik, apa lagi, mengamuk ler. Menangis jer. Balik singgah ke Jertih rumah mak saudara belah mak pula. Lebih kurang jam 8.30 malam kami sampai ke rumah semula.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

28 Minggu

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..