Salam Aidilfitri
Pada kesempatan yang ada, saya memohon ampun dan maaf kepada saudara mara, rakan taulan, sahabat baik dan rakan-rakan blogger kiranya ada salah dan silap, terkasar bahasa dan perlakuan yang mengguris perasaan. Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin seikhlas hati.
Tahun ini kami sekeluarga akan beraya di Terengganu. Malam esok kami akan bertolak pulang ke kampung. Bagi saya, ini tahun kedua saya beraya di kampung halaman abang. Tahun pertama, saya tengah mengandungkan Fina. Fina pula, ini kali pertama dapat beraya di sana.
Gambar pada tahun pertama Fina beraya di kampung saya di Negeri Sembilan. Masa ni Fina baru 9 bulan. Dah merangkak dan raya pertama Fina pandai duduk untuk pertama kalinya. Bila tengok gambar ini, terasa hairan bin ajaib kerana saya berjaya 'membesarkan' badan Fina dengan susu ibu sahaja. Rindunya saat-saat Fina tembam dahulu. Pesanan untuk ibu-ibu yang BF, raya-raya juga, tapi jangan lupa direct BF untuk kekalkan pengeluaran susu. Tau-taulah, bila dah pi jalan-jalan raya, seronok hingga lupa nak BF anak. Fina pun sama, bila dah dapat kawan-kawan bermain, lupa dah nenen dia.
Bagi yang memandu, hati-hati di jalan raya. Semoga sampai ke kampung dengan selamat. Moga lebaran kali ini memberi seribu keberkatan, keceriaan dan keredhaan untuk semua.
Selamat Hari Raya K.az!jemputlah datang kerumah jika x keberatan..1st raya aku dah balik s.alam dah...kalau tak dapat x apa la.den x kisah dooo....
ReplyDelete