Lagi 3 bulan

Penyusuan susu ibu masih saya teruskan hingga ke hari ini. Cuma tinggal lebih kurang 3 bulan setengah lagi untuk capai target fully BF Fina selama 2 tahun. Macam tak percaya pula, saya telah sampai ke tahap ini. Syukur atas rezeki-Nya. Awal bulan puasa, saya agak risau dengan pengeluaran susu. Tapi alhamdulillah, saya dapat berpuasa penuh pada bulan Ramadhan lepas dan yang penting saya tidak menghadapi masalah-masalah besar yang menimbulkan rasa susah hati terhadap pengeluaran susu walaupun berpuasa. Jadi, berpuasa tidak akan MENJEJASKAN penyusuan susu ibu cuma pastikan ibu mengambil makanan dan minuman yang mencukupi untuk bekalan tubuh ketika di siang hari.

Sejak bulan puasa, saya hanya pam sekali sahaja di ofis. Masa waktu rehat tengahari. Balik kerja dan waktu cuti, saya masih direct BF Fina. Stok susu pun, tak banyak mana yang tinggal. Adalah beberapa ketul lagi. Cukup-cukup sebagai backup bila diperlukan.

Susu yang dipam waktu rehat tadi.

Bila saya fikir-fikir semula, Maha Besar kuasa pencipta yang memberikan keistimewaan kepada ibu-ibu untuk menyusukan anak mereka. Peluang yang diberi untuk semua ibu. Lama atau sekejap, bukanlah satu persoalannya. Semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Mungkin Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir saya menyusukan Fina. Saya akan genapkan penyusuan Fina selama 2 tahun dan insyaallah, saya akan stop setelah Fina cukup 2 tahun. Sekurang-kurangnya saya pernah diberi peluang untuk BF Fina 2 kali Ramadhan yang lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Petrosains KLCC

28 Minggu

Fina @ klinik Kesihatan Semenyih, Kajang..